Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
181) HARI SUKAN NEGARA 2016 (HSN2016)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan penglibatan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan HSN2016.
Kerajaan Negeri tidak dilibatkan secara langsung dengan Hari Sukan Negara 2016 yang telah diadakan pada 8 Oktober 2016 yang lalu oleh Kementerian Belia dan Sukan. Di Selangor, sambutan hanya dilaksanakan oleh jabatan-jabatan secara terhad di kalangan pegawai dan kakitangan jabatan sahaja.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program sedemikian di Selangor?
Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan menjalankan program sukan Selangor Plus yang menjadi acara dan program tahunan kepada semua rakyat di Negeri Selangor. Sukan Selangor Plus ini diwujudkan adalah untuk menjadikan rakyat Negeri Selangor sebagai rakyat yang cergas dan cerdas dalam sukan selain ianya memupuk perpaduan antara kaum. Mekanisma program ini diadakan dengan menganjurkan kejohanan dengan beberapa sukan yang sinonim dengan rakyat tidak kira peringkat umur seperti sukan futsal, bola keranjang, bola jaring, dan lain – lain. Penganjuran Sukan Selangor Plus ini hanya dijadikan titik tolak untuk mencari atlet-atlet yang boleh menjadi wakil negeri ke peringkat yang lebih tinggi.