Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

105) HARGA RUMAH MELAMBUNG TINGGI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah yang menyebabkan harga rumah meningkat mendadak?

    Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menjadi punca kepada peningkatan harga rumah iaitu;

    1. Nilai tanah yang tinggi untuk membangunan projek perumahan khususnya di bandar-bandar besar di kawasan Lembah Klang;
    2. Perletakan projek perumahan di kawasan strategik yang dilengkapi dengan segala kemudahan asas dan infrastruktur
    3. Peningkatan kos pembinaan khususnya bahan-bahan binaan seperti simen, besi dan sebagainya serta peningkatan kos bagi penyediaan infrastruktur.
    4. Kos upah / tenaga buruh
    5. Spekulasi harga oleh pelabur-pelabur dalam bidang hartanah.

    Oleh yang demikian, kenaikan harga rumah ini akan terus berlaku masa ke semasa selagi kos-kos ini tidak dikawal oleh pihak berwajib.

  2. Bagaimanakah cara untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah?

    Dalam mengimbangi penyediaan rumah harga bebas dengan rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah, Kerajaan Negeri telah menetapkan Dasar Pembangunan Tanah seperti berikut:

    • Tanah berkeluasan 10 ekar ke atas.
    Kawasan   Jenis Bangunan   Harga (RM)
    Dalam       kawasan

    Majlis

    Perbandaran

    (Lembah Klang)

    20% rumah kos rendah 42,000.00
    20% rumah kos sederhana rendah 72,000.00
    10% rumah kos sederhana 100,000.00
    Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas
    Dalam       kawasan

    Majlis Daerah

    20% rumah kos rendah 35,000.00
    20% rumah kos sederhana rendah 60,000.00
    10% rumah kos sederhana 85,000.00
    Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas
    Luar          kawasan

    Majlis    Daerah     /

    Majlis

    Perbandaran

    20% rumah kos rendah 30,000.00
    10% rumah kos sederhana rendah 50,000.00
    10% rumah kos sederhana 70,000.00
    Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas
    • Tanah berkeluasan kurang 10 ekar (2-10 ekar) di kawasan Lembah Klang
    Kawasan   Jenis Bangunan   Harga (RM)
    Dalam       kawasan

    Majlis

    Perbandaran

    (Lembah Klang)

    30% rumah kos sederhana 100,000.00
    Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas

    Selain daripada itu, bermula tahun 2010 Kerajaan Negeri juga mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru dengan reka bentuk baru yang lebih mampan dan kondusif sebagai salah satu pilihan kepada pemaju untuk meneruskan penyediaan perumahan yang mampu milik khususnya kawasan-kawasan yang didapati kurangnya atau melebihi permintaan terhadap rumah kos rendah. Melalui cara ini sekurangkurangnya Kerajaan Negeri dapat memperbanyakkan penyediaan rumah di bawah harga RM200,000.00 yang mampu dibeli.

  3. Berapakah jumlah unit rumah mampu milik yang telah dibina oleh Kerajaan Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini sebanyak 1,682 unit Rumah Mampu Milik sedang dalam pembinaan yang mana sebanyak 1,546 unit daripadanya dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pecahan unit rumah mampu milik dalam pembinaan mengikut projek adalah seperti berikut:

    Projek   Pemaju   Unit   Status
          Pembinaan
    Bandar Baru Bangi PKNS 124 Dijangka siap Mac 2013
    Sg. Long, Kajang Swasta 136 Dijangka siap Jun 2013
    Bukit Botak, Selayang PKNS 1,422 Dijangka siap Disember 2012
    Jumlah   1,682    

Lampiran

Tiada Lampiran.