Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

12) HARGA RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status projek perumahan rumah mampu milik dibawah kelolaan kerajaan negeri?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya telah mempunyai sembilan projek perumahan rumah mampu milik (Rumah Selangorku) yang melibatkan 4,867 unit rumah. Daripada sembilan projek tersebut, dua projek telah siap, tiga projek dalam pembinaan dan empat projek lagi masih belum bermula dan dalam proses kelulusan pelan- pelan Perincian projek dan status adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1 : Projek dan Status Pembinaan Rumah Selangorku

    Bil. Pemaju Projek Bil. Unit Status
     

    1.

     

     

     

     

    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

    Seksyen 3, Bandar Baru Bangi  

    124

     

    Projek Siap Dibina

     

    2.

    Bukit Botak, Selayang 1,422 Projek Siap Dibina
     

    3.

    Seksyen 1D (Fasa 1), Antara Gapi  

    129

    Projek Dalam Pembinaan
     

     

    4.

    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) & Debbin Sdn.

    Bhd.

     

    Desa Alam Seksyen U12, Shah Alam.

     

    104

    Projek Dalam Pembinaan

     

     

    Bil. Pemaju Projek Bil. Unit Status
    5. Semponia Sdn. Bhd. & Country Sutera Damansara, 236 Projek Dalam

     

      Wheel Sdn. Bhd. & (PNSB) Mukim Pekan Baru Sungai Buloh.   Pembinaan
     

     

    6.

    Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) Taman Ukay Indah, Sg.

    Sering, Daerah Gombak.

     

    2496

    Projek Belum Dibina
     

     

    7.

    Kumpulan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. & SAP Holding Berhad Bandar Kuala Selangor, Daerah Kuala Selangor.  

     

    276

     

    Projek Belum Dibina

     

    8.

     

     

    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

    Taman Keruing Rasa, Daerah Hulu Selangor.  

    Belum Dimuktamadkan

    Projek Belum Dibina
     

     

    9.

    Seksyen 1 Antara Gapi, Daerah Hulu Selangor.  

    80

    Projek Belum Dibina
     

    JUMLAH

     

    4,867

     
  2. Adakah berlaku kenaikan harga rumah mampu milik ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah menetapkan harga jualan kawalan Rumah Selangorku di Negeri Selangor adalah di antara RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit. Oleh yang demikian, tidak timbul isu berkenaan kenaikan harga jualan rumah memandangkan ianya telah ditetapkan pada harga kawalan.

     

  3. Apakah langkah efektif yang diambil oleh kerajaan untuk membantu rakyat memiliki rumah bagi yang kurang berkemampuan?

    Dasar Rumah Selangorku yang diperkenalkan bermula I Januari 2014 yang telah menetapkan harga jualan rumah mampu milik di antara RM42,000.00 sehingga RM250,000.00 bergantung kepada saiz binaan, jenis rumah dan lokasi dijangka akan membantu lebih ramai golongan khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana di bawah RM3,000 sebulan untuk memiliki Rumah Kos Rendah (Rumah Selangorku Jenis A) dan pendapatan sekeluarga di bawah RM8,000 sebulan untuk memiliki Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Jenis B atau C atau D). Semoga dasar yang diperkenalkan ini akan dapat mencapai visi Kerajaan Negeri untuk menyediakan satu keluarga satu kediaman yang sempurna.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.