Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
37) HARGA BARANGAN NAIK
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi membantu keluarga-keluarga yang tidak mampu untuk hadapi masalah harga barangan naik?
Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal kadar kenaikan harga barang-barang disebabkan kenaikan kadar inflasi dan harga minyak. Namun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan program-program pembasmian kemiskinan yang disasarkan kepada golongan miskin dan berpendapatan kurang dari RM1500 seisi rumah untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Kerajaan Negeri telah banyak melaksanakan program-program yang membantu golongan ini seperti Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Back To School, Program Kerajaan Prihatin, Program Bantuan Kesihatan, Program Subsidi Tambang Bas, Program Teknikal Inpens dan sebagainya.
-
Apakah program bantuan makanan bagi golongan miskin yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri?
Kerajaan Negeri tidak mempunyai program bantuan makanan bagi golongan miskin secara khusus. Walaubagaimanapun, melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, program pemberian beras, gula dan susu kepada keluarga miskin dilaksanakan untuk meringankan beban mereka. Sebanyak RM90,000 diperuntukkan untuk Program pemberian barangan keperluan harian pada tahun 2011.