Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

201) HARGA BARANG NAIK

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi menangani harga barang naik khususnya di Selangor?

    1. Antara strategi-strategi yang diambil bagi menjamin kestabilan  harga  dan bekalan barang keperluan, berikut merupakan tindakan-tindakan yang sedang dilaksanakan:

     

    1. meningkatkan kapasiti pengeluaran barang kawalan seperti minyak masak, gula dan tepung gandum
    2. Mengadakan dialog dan perundingan dengan pihak pengeluar, pengimport, pemborong dan peruncit barangan keperluan. Antara yang dibincangkan adalah antara lain :
      • Supaya pengeluar meningkatkan kapasiti pengeluaran barang kawalan;
      • Pengimport mengimport lebih banyak bekalan; dan
      • Situasi stok serta jadual penghantaran bekalan kepada pihak peruncit.
      • Peruncit diminta menambah stok / bekalan sebelum musim perayaan atau cuti
    • Mengadakan mini stok barang-barang kawalan (gula, tepung, minyak masak) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Koperasi dan Felda.
    1. Mewujudkan Jawatankuasa Bekalan dan Harga yang

     

    1. Jawatankuasa ini berfungsi untuk mengenal pasti mekanisme bagi mengatasi masalah gangguan bekalan dan isu kenaikan harga barangan keperluan.
    2. Mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk meliberalisasi permit import (AP).

     

  2. Bagaimana dapat dibekalkan barangan asas kepada pengguna yang kurang mampu pada harga patut?

    1. Bagi memastikan barangan asas seperti beras, tepung dan gula sampai ke pengguna yang kurang mampu dengan harga yang berpatutan, Kerajaan Negeri akan meneruskan Projek Pengedaran Barang-Barang Perlu di seluruh negeri yang bertujuan memastikan barangan keperluan bersubsidi terutamanya bahan asas makanan seperti tepung gandum, beras, dan  minyak  masak  sampai kepada golongan sasaran pada harga yang berpatutan dan ditetapkan

    Kempen Penurunan Harga juga diperbanyakkan bagi membantu mengurangkan beban pengguna. Kerajaan Negeri juga mengambil langkah bagi menjadikan koperasi sebagai pemborong barang kawalan (tepung, beras dan gula) supaya bekalan sampai ke pengguna.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.