Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
348) HARGA BARANG MAKANAN HARIAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Usaha Kerajaan Negeri untuk mengawal harga barangan makanan barangan keperluan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya?
Sub-soalan telah di tolak
-
Sejauh manakah keberkesanan kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri dapat membantu meringankan bebanan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang makanan dan keperluan harian?
Untuk makluman yang berhormat, Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah membantu rakyat di Selangor berikutan peningkatan kos sara hidup. Kerjasama di antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam melaksanakan Inisiatif Jualan Ehsan RAHMAH (JER) iaitu jualan secara mobil/bergerak yang bermula pada Jun 2023. JER telah menawarkan 6 barangan keperluan asas (ayam, daging, telur, minyak masak dan ikan) yang dijual dengan harga jauh lebih murah daripada pasaran di mana pengurangan harga ini merupakan subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui KPDN.
Manakala bagi Jualan RAHMAH pula, pelbagai barangan keperluan harian yang terdiri daripada barang makanan dan barang bukan makanan telah ditawarkan di mana pengurangan harga barangan antara 10% sehingga 30% berbanding harga pasaran semasa berdasarkan tempat untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia khususnya di Selangor yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang makanan dan keperluan harian. Jualan RAHMAH ini melibatkan jualan di premis yang terpilih di 22 Parlimen dan 56 DUN dalam Negeri Selangor
Sehingga Jun 2024, Jualan RAHMAH telah dijalankan sebanyak 1,227 kali dengan anggaran kos subsidi yang terlibat adalah sebanyak RM10.5 juta. Jumlah ini adalah bagi membantu 2.98 juta rakyat Selangor agar dapat menikmati harga barangan keperluan harian dan mengimbangi perbelanjaan kos sara hidup yang semakin meningkat.