Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

177) HARGA BARANG DAN BEKALAN MAKANAN BANTUAN KEPADA PETANI/PENTERNAK/NELAYAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan apakah langkah-Iangkah bagi memendung harga barang keperluan yang semakin naik ?

    Mengikut data keperluan makanan adalah didapati pengeluaran makanan yang
    dikeluarkan di Negeri Selangor tidak mencukupi kerana kawasan yang sesuai
    untuk pertanian telah dijadikan kawasan perumahan. Oleh itu, teknologi tanaman secara moden telah diperkenalkan di samping penggunaan veriti yang bermutu tinggi.

    Isu kenaikan harga barang keperluan merupakan isu global yang sepatutnya
    perancangan pengawalan melibatkan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri
    dan Kerajaan Pusat. Namun Kerajaan Negeri telah berjaya memberi bantuan
    secara percuma 20 m3 yang mana secara tidak langsung dapat mengurangkan
    perbelanjaan bulanan.

  2. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membantu petani, pentemak, dan nelayan di Negeri Selangor bagi menyahut cabaran Kerajaan Persekutuan supaya golongan tersebut dapat menambah pendapatannya

    Kerajaan Negeri akan meneruskan beberapa projek yang telah dilaksanakan
    sebelum ini. Namun antara projek-projek baru yang akan meningkatkan
    pendapatan golongan sasaran adalah:-

    i. Projek pertanian berdasarkan konsep ladang rakyat
    ii. Urban Agriculture
    iii. Zon IKS ubi kayu

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini bagi memberikan peluang petani, penternak dan nelayan untuk menambah pendapatan mereka?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 22 juta bagi membangunkan petani, penternak dan nelayan pada tahun 2008.

Lampiran

Tiada Lampiran.