Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

100) HARGA BARANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan membendung harga barang keperluan yang semakin naik?

    KPDNHEP Selangor melalui Pegawai Penguat Kuasa sentiasa melaksanakan tindakan-tindakan seperti berikut:

    i. pemantauan setiap hari ke atas 280 peruncit terpilih daerah dan 119 pemborong terpilih daerah yang meliputi 22 parlimen di seluruh Selangor dan melibatkan 10 jenis komoditi barang iaitu gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, ayam, sayur-sayuran, telur ayam dan bawang;

    ii. menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 bagi mengawal pengambilan untung secara tidak munsabah oleh peniaga;

    iii. menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 bagi mewajibkan peniaga meletak tanda harga ke atas barangan yang dijual atau mempamerkan senarai harga;

    iv. melaksanakan Skim Harga Minimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi menstabilkan harga barang keperluan tertentu semasa musim-musim perayaan utama dalam negara; dan

    v. menguatkuasakan kuasa kawalan dalam aspek tertentu seperti di bawah Seksyen 4 Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 iaitu Pengawal boleh, dengan kelulusan Menteri menentukan harga maksimum, minimum atau tetap bagi pembuatan, pengeluaran, pemborongan atau peruncitan.

  2. Apakah perancangan bagi membantu petani,penternak dan nelayan menyahut cabaran Kerajaan Persekutuan supaya dapat menambah pendapatan?

    Perancangan bagi membantu petani, penternak dan nelayan yang bertujuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran mereka dan secara langsung dapat meningkatkan pendapatan golongan tersebut adalah seperti berikut:

    a) Menetapkan Dasar Pertanian Negeri Selangor yang merangkumi 5 perkara iaitu:-

    i. Pertanian Bernilai Tinggi;
    ii. Pemodenan Pertanian;
    iii. Pembangunan Agroprenuer;
    iv. Rantaian Bekalan Lengkap (Complete Supply Chain); dan
    v. Agro Pelancongan

    b) Mewujudkan pelan tindakan melalui Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) yang dengan objektif seperti berikut:-

    i. Produktiviti
    Meningkatkan jumlah hasil pengeluaran dan seterusnya meningkatkan Kadar Sara Diri atau Self Sufficient Level (SSL) Negeri Selangor.

    ii. Ekonomi
    Meningkatkan sumbangan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Selangor serta meningkatkan pendapatan warga tani.

    iii. Modal Insan
    Mewujudkan peluang sumber ekonomi khususnya golongan muda untuk terlibat secara sepenuh masa di dalam sektor pertanian melalui Latihan dan bimbingan samada kepada agroprenuer baharu mahupun sedia ada.

    c) Bagi pelaksanaan PeTA, Kerajaan Negeri telah menggariskan 9 kluster utama iaitu:-

    i. Agro Prihatin;
    ii. Agro Komuniti;
    iii. Agro Centre of Excellence (ACE)
    iv. Pembangunan Agroprenuer Selangor;
    v. Agro Pelancongan;
    vi. Maju Agro Selangor;
    vii. Agro Niaga;
    viii. E-Agro; dan
    ix. Smart Selangor Agro Park (SSAP) dan Smart Selangor Agro Farm (SSAF)

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan bagi membantu golongan ini?

    Peruntukan yang telah disediakan untuk membantu golongan petani, penternak, nelayan dan Industri Asas Tani (IAT) dalam Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12) 2021-2025 adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.