Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
198) HARGA BARANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan negeri dalam membantu kempen penurunan harga barang yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan?
Usaha Kerajaan Negeri dalam membantu kempen penurunan harga barang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan adalah dengan memberi kempen-kempen hak pengguna sekiranya mendapati terdapat peniaga yang meletakkan harga tidak berpatutan. Segala salah laku peniaga boleh dilaporkan secara terus ke KPDNKK melalui laman web e-aduan KPDNKK ataupun talian bebas tol Aduan Pengguna.
-
Apakah peranan kerajaan negeri dalam mengawal kenaikan harga barang?
Kerajaan Negeri tidak memiliki kuasa dalam mengawal kenaikan harga barang. Kawalan harga adalah di bawah pengawasan pihak KPDNKK iaitu melalui undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (menggantikan Akta Kawalan Harga 1946).