Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

163) HAMPER ORANG MISKIN UNTUK PERAYAAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan dan jenis barang-barang yang dibeli kerajaan serta harga keseluruhan dan syarikat pembekalnya untuk setiap perayaan setiap tahun sejak 2008.

    Senarai barang yang dijadikan hamper untuk diberikan kepada rakyat miskin sempena musim perayaan adalah seperti berikut :

    1. Beras 5kg
    2. Susu pekat manis 2 tin
    3. Sardin 2 tin
    4. Meehoon 1 peket
    5. Gula 1kg
    6. Jus Kordial 1 botol

    Pemberian hamper ini telah dilaksanakan sejak tahun 2011. Sebanyak 28,800 hamper (16,800 – Hari raya, 12,000 – Deepavali) telah diagihkan kepada 56 DUN untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Syarikat yang telah membekalkan hamper untuk perayaan tersebut adalah seperti berikut:-

    Bagi tahun 2012, sebanyak 93,800 (56,000 – Hari raya, 37,800 – Deepavali) hamper telah diagihkan kepada 56 DUN. Syarikat yang telah membekalkan hamper untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali bagi tahun 2012 adalah seperti berikut :

    BIL SYARIKAT PEMBEKAL JUMLAH

    (RM)

    1 Jalinan Murni Daya Sdn. Bhd. 2,383,800.00
    2 Faiza Sdn. Bhd 472,500.00
    3 Sime Darby Jomalina Sdn. Bhd. 296,730.00
    4 GCH Retail Sdn. Bhg (Giant) 60,480.00
    5 Baba Product Sdn. Bhd. 619,920.00
      JUMLAH KESELURUHAN 3,833,430.00
  2. Terangkan secara ringkas proses perolehannya dan apakah pekeliling perbendaharaan yang perlu dipatuhi dalam proses ini.

    Kaedah perolehan bagi pelaksanaan pembelian hamper ini adalah secara sebut harga dan tender. Ini berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2011: Garis Panduan Perbelanjaan Berhemah dan Penambahbaikan Pekeliling iaitu Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2012 di para 3.0 seperti berikut :

     

Lampiran

Tiada Lampiran.