Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
98) HALATUJU EKONOMI PENDUDUK KAMPUNG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan halatuju ekonomi bagi penduduk kampung di Selangor?
Bagi memberdayakan ekonomi desa, fokus pada tahun 2024 ialah mengenal pasti identiti ekonomi tempatan di kampung. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan program Jejak Eko Desa Selangor untuk mengenal pasti jenis aktiviti ekonomi tempatan yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai identiti kampung di samping mengadakan kursus-kursus kemahiran kepada komuniti desa untuk penduduk-penduduk kampung menjana pendapatan dan meningkatkan kemahiran.
Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi di Negeri Selangor pada tahun ini.
Selain portfolio saya, terdapat juga inisisatif-inisiatif dan program-program Kerajaan Negeri di bawah portfolio EXCO yang lain seperti Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Perladangan, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan dan Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan yang turut memastikan ekonomi penduduk kampung meningkat dan dalam keadaan stabil.