Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

57) HALAL SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan program Halal Selangor terutamanya kepada golongan wanita dan ibu tunggal di Selangor?

    Program Halal Selangor :-

    1. Program-program Halal Selangor yang dijalankan adalah disasarkan kepada dua golongan utama. Golongan tersebut merupakan pemain-pemain industri halal, penguatkuasa tempatan, pelajar-pelajar dan juga pemain-pemain industri lain yang ingin menceburi bidang halal.
    2. Bagi golongan pemain industri, program yang telah diadakan adalah merupakan peningkatan pemahaman serta kemahiran bagi menjalankan perniagaan dalam bidang halal. Bimbingan hands-on dan case study serta mock-audit dijalankan untuk kemahiran praktikal.
    3. Manakala bagi golongan pelajar-pelajar pula, program Halal Selangor ini memberikan nilai tambah kepada kemahiran mereka. Program tersebut disesuaikan bagi membuka peluang pekerjaan bagi pelajar-pelajar yang mengganggur.
    4. Program Halal Selangor telah melatih sejumlah 338 golongan wanita di Selangor. Walaubagaimanapun program khusus untuk golongan wanita dan ibu tunggal sedang dirangka dan akan dijalankan dalam masa terdekat ini.
  2. Adakah program Halal Selangor ini memberi impak besar kepada usahawan baru atau hanya fokus kepada usahawan yang telah berjaya?

    Program Halal Selangor memberikan impak yang besar kepada usahawan-usahawan baru.  Usahawan-usahawan yang turut serta dalam program ini telah didedahkan dengan proses permohonan sijil halal, pengendalian perniagaan dalam dan luar negara dari perspektif halal dan pengauditan yang berkaitan.

     

    Manakala bagi usahawan yang telah berjaya pula, mereka telah didedahkan kepada teknologi, maklumat serta standard terkini berkaitan industri halal.

Lampiran

Tiada Lampiran.