Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
41) HALA TUJU PEMBANGUNAN DAN PERANAN BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Perincian satu "blueprint", jika ada, terutama mengenai hala tuju pembangunan dan peranan belia; pemberdayaan kendiri dan penglibatan belia dalam proses penggubalan dasar dan pentadbiran awam negeri serta keperluan dan aspirasi khusus belia.
a) Kerajaan Negeri telah meluluskan Pembentangan Dasar Belia Negeri Selangor dijalankan sebagai panduan utama ke arah pembangunan belia positif yang holistik dan sebagai manual yang memandu ke arah hala tuju pembangunan belia pada masa akan datang. Justeru, dasar pembangunan belia akan dirancang berdasarkan kepada 10 teras utama yang merangkumi Pendidikan & Latihan Kemahiran, Keusahawanan & Pekerjaan, Kepimpinan & Organisasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT), Kemasyarakatan, Jaringan & Kesukarelawan, Kesejahteraan Dan Kesihatan, Sukan & Kecergasan, Agama & Akhlak, Kebudayaan & Kesenian dan Pengantarabangsaan. Seterusnya, strategi dan pelan tindakan akan dirancang berpandukan kepada teras-teras yang ditetapkan untuk memenuhi keperluan dan aspirasi khusus