Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

22) HALA TUJU KERAJAAN PERPADUAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perpaduan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah hala tuju Kerajaan Negeri dalam jangka 5 tahun akan datang?

    Hala tuju pembangunan Kerajaan Negeri Selangor terdapat dan diperincikan dalam Rancangan Selangor Pertama yang dibentangkan dan diluluskan secara sebulat suara di dalam Dewan Negeri Selangor pada 2 Ogos 2022.

  2. Bagaimanakah untuk memastikan hasil Kerajaan Negeri dapat diagihkan kepada semua rakyat di Selangor?

    Pada setiap tahun, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah peruntukan tahunan bagi dibelanjakan pada tahun hadapan bagi projek pembangunan serta program sosioekonomi bagi membantu dan memberdaya rakyat, seperti usaha yang direncanakan dalam kerangka Iltizam Selangor Penyayang.

  3. Apakah kaedah Kerajaan Negeri untuk membawa masuk pelabur-pelabur asing ke Selangor bagi menambahkan hasil negeri dan peluang pekerjaan?

    Kerajaan Negeri mempertanggungjawabkan Invest Selangor selaku Agensi Promosi Pelaburan bagi menggerakkan pelaburan dan menarik minat pelabur dalam negara untuk melabur di Selangor serta pelabur luar negara untuk bertapak di Selangor. Di dalam Rancangan Selangor Pertama, tiga Wilayah Ekonomi Baharu dibangunkan; Integrated Development Region in South Selangor (IDRISS), Sabak Bernam Development Area (SABDA) dan Selangor Maritime Gateway di sepanjang jajaran Sungai Klang. Tambahan kepada itu, Kerajaan Negeri telah mengumumkan penubuhan Lembah Klang Raya yang akan bermula pada tahun 2024 dan melibatkan 3 Majlis Bandaraya sedia ada dan satu lagi Majlis Perbandaran di Klang yang sudah menepati kriteria untuk dinaik taraf. Usaha-usaha sebegini bagi rejuvenasi semula kawasan matang diyakini dapat menarik minat pelabur untuk datang ke Selangor, terutamanya dalam bidang berteknologi tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.