Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
276) HAL EHWAL WANITA DAN KELUARGA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan jumlah bilangan kes rogol, kes masalah rumahtangga yang dilaporkan di Negeri Selangor dalam tempoh 2013-2015.
Kerajaan Negeri sentiasa peka terhadap kadar jenayah yang terjadi di dalam Negeri Selangor. Antara kes yang dilaporkan adalah kes rogol dan kes masalah rumah tangga. Berikut adalah jumlah kes seksual dibuka oleh Kontinjen Selangor bagi tahun 2013 hingga 2015:-
Bil
Kategori Kes
Jumlah Kes 2013 2014 2015 1. Rogol 405 329 324 2. Keganasan Rumah tangga 684 725 927 Jumlah 1089 1054 1251 *** Sumber : Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis, Kontinjen Polis DiRaja Malaysia
Shah Alam
-
Apakah langkah-langkah pencegahan?
Kerajaan Negeri amat mengambil berat dan menyedari akan masalah kes rogol yang semakin meningkat kini. Justeru itu tindakan pembetulan melalui langkah- langkah pencegahan perlu diambil. Antara langkah-langkah pencegahan tersebut adalah :-
- Child and Woman Awareness Campaign
Memperkenalkan pendidikan pencegahan dan program kesedaran umum untuk mengatasi pemikiran stereotaip terhadap peranan dan tanggungjawab terhadap sesuatu gender yang telah mendorong
keganasan seksual berlaku di negara ini dengan melalui pameran dan ceramah-ceramah.
ii) Kaunseling
Supaya memahami tentang kewajipan dan dasar perkahwinan.
iii) Ceramah-ceramah keselamatan/ kesedaran di sekolah / universiti / agensi kerajaan dan NGO-NGO
Untuk menganjak paradigma masyarakat yang bersikap individualistic.
-
Apakah bantuan yang boleh diberi kepada mangsa-mangsa penderaan?
Kerajaan Negeri mengambil berat terhadap mangsa-mangsa penderaan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga menyokong penuh terhadap Program One Stop Crisis Centre (OSCC). OSCC merupakan tempat di mana mangsa-mangsa penderaan boleh mendapatkan bantuan berpusat tanpa pergi ke lain-lain tempat bagi mendapatkan bantuan. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan rumah perlindungan yang diberi nama Rumah Perlindungan Arafiah di bawah kelolaan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Negeri Selangor (Pekawanis).
Selain itu, bantuan lain yang boleh diberikan kepada mangsa-mangsa penderaan adalah seperti berikut:-
- Mendapatkan atau memohon Interim Protection Order (IPO) dan
Protection Order (PO) kepada mangsa-mangsa yang memerlukan;
- Memberikan khidmat kaunseling kepada mangsa-mangsa penderaan; dan
- Memberi tempat perlindungan sementara (Rumah Perlindungan) di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau NGO-NGO.
(sumber : Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor)