Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

42) HAL EHWAL WANITA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan data terkini bagi jumlah ibu tunggal yang telah didaftarkan di negeri ini

    Jumlah Ibu Tunggal yang berdaftar dengan sistem e-Bu adalah seramai 17,167
    orang (data diperolehi setakat Oktober 2014. Sumber dari Yayasan Warisan
    Anak Selangor (YAWAS), pengendali sepenuhnya sistem e-Bu).

  2. Apakah usaha-usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu ibu tunggal?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan
    Keluarga telah melaksanakan pelbagai usaha-usaha untuk membantu ibu
    tunggal di Negeri Selangor antaranya ialah melalui bimbingan dan latihan yang
    telah disediakan serta pinjaman mikrokredit melalui SKIMSEL dan MIMBAR.
    Kerajaan Negeri Selangor juga berhasrat untuk mewujudkan skim-skim yang
    boleh memberi manfaat kepada ibu tunggal yang akan dirangka mulai tahun
    2015.

  3. Apakah peranan kerajaan negeri terhadap isu penderaan wanita dan kanak-kanak?

    Kerajaan Negeri Selangor sangat prihatin dan mengambil berat soal isu
    penderaan wanita dan kanak-kanak. Melalui peruntukkan disediakan dibawah Program One Stop Crisis Centre (OSCC), kerajaan negeri mengadakan lawatan ke hospital-hospital yang mempunyai unit khas OSCC meninjau pelaksanaan program yang dijalankan dan juga telah menyediakan kit peralatan asas kepada mangsa penderaan.
    Kerajaan Negeri juga melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita telah
    mengadakan kempen-kempen kesedaran Wanita Menentang Jenayah
    (Womens Againts Crime) di seluruh kawasan PBT dan daerah.
    Pihak kerajaan juga bercadang untuk melaksnakan Program Advokasi Gander kepada seluruh wanita, bagi mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan dalam menghadapi cabaran hidup.

Lampiran

Tiada Lampiran.