Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

8) HAL EHWAL TANAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah permohonan pertukaran hak milik sementara kepada hak milik kekal di Kg Tengah, Kg Kenangan dan Kg Kuala Sungai Baru, Batu13 Puchong.

    Jumlah permohonan pertukaran hakmilik sementara kepada hakmilik kekal di Kg. Tengah, Kg. Kenangan dan Kg Kuala Sungai Baru adalah seperti berikut:

    BIL NAMA KAMPUNG JUMLAH BILANGAN PERMOHONAN
    1 Kampung Tengah A 140
    2 Kampung Tengah B 198
    3 Kampung Kenangan 99
    4 Kampung Kuala Sungai Baru 166
  2. Nyatakan jumlah permohonan yang telah diluluskan dan belum diluluskan

    Jumlah permohonan yang telah diluluskan mengikut kampung adalah seperti yang berikut:

    BIL NAMA KAMPUNG JUMLAH BILANGAN PERMOHONAN
    LULUS BELUM LULUS
    1 Kampung Tengah A 115 25
    2 Kampung Tengah B 44 154
    3 Kampung Kenangan 48 51
    4 Kampung Kuala Sungai Baru 142 24
  3. Nyatakan sebab-sebab permohonan tersebut masih belum diluluskan.

    Keseluruhan permohonan yang tidak mempunyai masalah telah diproses dan dikeluarkan hakmilik kekal. Walau bagaimanapun, Pejabat Daerah/Tanah Petaling tidak dapat memproses segelintir permohonan bagi tujuan pengeluaran hakmilik kekal kerana terdapat pertindihan lot-lot yang berlaku berdasarkan kelulusan pelan akui (P.A) yang didaftarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor (JUPEM) kerana keluasan tanah yang diusahakan oleh pemilik tanah tidak sama dengan keluasan asal pemberimilikan.dan juga keluasan di dalam P.A. Terdapat segelintir pemilik tanah yang telah mengusahakan tanah lebih luas dari kelulusan dan menganjak ke lot bersebelahan. Oleh yang demikian, Pentadbir Tanah Petaling menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan hakmilik kekal kerana khuatir terdapat pemilik tanah yang memperoleh keluasan lebih kecil dari yang sepatutnya di samping terdapat perbezaan keluasan yang ketara daripada yang asal.

    Justeru itu, bagi menangani masalah yang berlaku, pindaan keluasan ke atas Pelan Akui (PA) yang dikeluarkan JUPEM perlu dilakukan agar tidak berlakunya pertindihan lot sebelum hakmilik kekal didaftarkan. Pentadbiran ini akan melakukan siasatan terperinci ke atas tapak-tapak yang terlibat sebelum pembetulan keluasan dan persempadanan dilakukan. Penyelesaian yang dicadangkan juga perlu mendapat persetujuan dan kerjasama dari pemilik- pemilik tanah yang terlibat bagi melancarkan urusan yang dijalankan dan mengelakkan masalah di masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.