Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
32) HAL EHWAL SELAIN ISLAM
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah tanah yang diperuntukkan bagi rumah ibadat bukan Islam?
Sejak tahun 2008-September 2020, Kerajaan Negeri Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam telah menyokong sejumlah 366 buah pewartaan tapak rumah ibadat selain Islam termasuk 14 tapak tanah perkuburan selain Islam. Butiran pecahan tanah yang disokong bagi tujuan tapak rumah ibadat selain Islam dan tapak perkuburan selain Islam mengikut daerah adalah seperti di Lampiran.
-
Senaraikan purata keluasan tanah yang telah diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam.
Keluasan tanah yang diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam adalah berbeza mengikut keadaan dan kes semasa. Keluasan ini juga diberikan berdasarkan keluasan dan kesesuaian tapak, bilangan jumlah penganut serta kewujudan tapak bagi tujuan pembinaan rumah ibadat selain Islam. Bagi pembangunan baru di sesuatu kawasan, penyediaan tapak rumah ibadat selain Islam ini adalah berdasarkan keperluan dan ketetapan yang digariskan di dalam Manual Garis Panduan dan Piawaian Pembangunan Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar & Desa (Plan Malaysia).