Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

8) HAL EHWAL PENGGUNA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan kerajaan dalam urusan hal ehwal pengguna?

    Peranan kerajaan dalam urusan hal ehwal pengguna :

    i) Memberi perlindungan kepada pengguna dari tertipu dgn produk-produk tiruan;

    ii) Memberi pendidikan kepada pengguna berkaitan hak-hak pengguna;

    iii)   Membela nasib pengguna melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM); dan

    iv) Memastikan keselamatan barang adalah terjamin kepada pengguna.

  2. Apakah usaha kerajaan dalam menangani masalah atau isu penipuan "scammer"?

    KPDN mengambil berat akan isu penipuan “scammer” yang sering dihadapi pengguna. Justeru itu, pengguna dinasihatkan untuk terus menyalurkan aduan berkaitan penipuan yang dihadapi melalui KPDN untuk diajukan kepada agensi yang terlibat sekiranya pengguna tidak berpuas hati berkenaan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna dinasihatkan untuk mengemukakan aduan kepada KPDN melalui:

    1. i) Talian bebas tol (1-800-886-800)
    2. ii) Sistem e-aduan : http://e-aduan.kpdn.gov.my

    iii)        WhatsApp 019-848 8000

     

    Di bawah bidang kuasa KPDN, terdapat beberapa kesalahan yang boleh diambil tindakan.

     

    Antaranya adalah :

     

    1. Seksyen 13 Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu menuntut atau menyetujui terima bayaran tanpa niat untuk membekalkan atau membekalkan barangan yang berbeza daripada barangan yang telah dibuat bayaran oleh pelanggan bagi kesalahan penipuan secara dalam talian. Pelanggaran seksyen ini adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 145 akta yang sama iaitu :

    (1)     Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali kemudian boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

    (2)     Mana-mana pertubuhan perbadanan yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali kemudian boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.

    (3)     Mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini hendaklah, dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan, dikenakan denda, sebagai tambahan kepada denda yang diperuntukkan di bawah Akta ini, tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

     

    1. Seksyen 18(1) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu membuat pernyataan palsu atau yang mengelirukan dalam mana-mana iklan berhubung dengan apa-apa barang atau perkhidmatan. Pelanggaran seksyen ini adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 59 akta yang sama iaitu :

    Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan— (a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; atau

     

    (b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

     

    1. Seksyen 4 Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti Piramid 1993 yang memperuntukkan sebarang perniagaan jualan langsung hendaklah dijalankan hanya dengan lesen. Pelanggaran seksyen ini adalah suatu kesalahan di bawah seksyen yang sama iaitu :

    Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh—

    (a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua juta ringgit

    (b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau keduaduanya dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 13 (3) Jika seseorang, yang menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu, pekongsi dalam perkongsian itu atau pemegang jawatan dalam pertubuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan kesalahan di bawah seksyen ini menurut kuasa seksyen 38, dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah perenggan (2)(b).

     

    1. Seksyen 27b Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti Piramid 1993 iaitu menyalahi undang-undang untuk mempromosikan atau menjalankan skim piramid.

    Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh—

     

    (a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak kurang daripada satu juta ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh juta ringgit dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh juta ringgit;

     

    (b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada satu juta ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. 28 Undang-Undang Malaysia Akta 500 (3) Jika seseorang, yang menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam suatu pertubuhan perbadanan, pekongsi dalam suatu perkongsian atau pemegang jawatan dalam suatu pertubuhan, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan kesalahan di bawah seksyen ini menurut kuasa seksyen 38, dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah perenggan (2)(b).

  3. Bagaimanakah kerajaan dalam usaha membantu menigkatkan kesedaran hak pengguna ?

    Usaha Kerajaan dalam membantu meningkatkan kesedaran hak pengguna melalui program – program kepenggunaan memberikan pendidikan dan kesedaran terhadap pengguna. Antaranya adalah melalui:

    i) Gerakan Pengguna Siswa (GPS) – Dianggotai oleh pelajar – pelajar IPT yang bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan.

    ii) Kelab Pengguna Sekolah – Sebagai nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat Sekolah Menengah – Fokus kepada 3 aspek utama iaitu perbelanjaan berhemah, pemakanan seimbang dan pemeliharaan alam sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.