Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
202) HAL-EHWAL PENGGUNA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan negeri di dalam usaha memperkasakan lagi persatuan-persatuan pengguna di negeri Selangor?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna sentiasa bekerjasama dan menyokong pelbagai Persatuan Pengguna. Peruntukan akan dipertimbangkan sekiranya program yang dicadangkan adalah bersesuaian. Selain itu, Kerajaan Negeri juga mengadakan perbincangan bersama Persatuan Plastik Malaysia yang mewakili industri berasaskan plastik / polistrin berkaitan cara atau penyelesaian terbaik bagi mengatasi penggunaan plastik yang berleluasa yang akhirnya akan menyebabkan beberapa masalah Perbandaran seperti longgokkan sampah yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, pencemaran sungai dan masalah lambakan sisa pepejal. Perbincangan ini mengambil kira kepentingan dari pihak Kerajaan Negeri dan juga persatuan pengusaha plastik dan satu penyelesaian daripada itu akan dibawa ke
-
Sila nyatakan tindakan kerajaan negeri di dalam usaha member kesedaran kepenggunaan dan hak pengguna di negeri Selangor?
Pelbagai program yang telah dan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bagi memberi kesedaran kepada pengguna- pengguna. Antara program yang dijalankan adalah kempen Kitar Semula Minyak Masak yang telah di lancarkan pada bulan Februari yang lalu oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor. Kempen ini telah diteruskan di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan telah giat dilaksanakan oleh pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri
Selain itu, Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab dalam memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) yang akan dilaksanakan pada tahun 2015. Beberapa Siri taklimat berkaitan GST telah dijalankan pada awal tahun 2014 melalui kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) manakala satu taklimat kepada Kerajaan Negeri dan PBT-PBT dengan kerjasama pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan diadakan dalam masa yang terdekat.
Selain itu, sempena menyambut Bulan Ramadhan, Kerajaan Negeri telah merancang untuk memberi kesedaran kepada pengguna berkaitan penggunaan bekas makanan dari rumah dan mengurangkan penggunaan plastik terutama polistrin. Dalam masa yang sama, kempen belanja berhemah dan membeli di kedai yang bersih semasa di Bazar Ramadhan juga akan di lakukan.