Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
148) HAL EHWAL ORANG ASLI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan dan apakah taburan masyarakat Orang Asli di negeri Selangor mengikut DUN?
Bilangan kampung Orang Asli di Negeri Selangor ini adalah sebanyak 74 perkampungan yang merangkumi sebanyak 19,979 bilangan penduduk masyarakat Orang Asli dan yang diwakili oleh 21 DUN.
Maklumat terperinci taburan Masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor mengikut pecahan DUN adalah seperti di berikut :-
Jadual 1 : Taburan Masyarakat Orang Asli Mengikut DUN di Negeri Selangor
Bil Dun Bil Kampung Orang Asli Bil Penduduk 1 N.05 : Hulu Bernam 2 313 2 N.06: Kuala Kubu Baharu 7 1736 3 N.07 : Batang Kali 7 2445 4 N13: Kuang 1 425 5 N.15 : Taman Templer 1 125 6 N.16: Sungai Tua 1 124 7 N17: Gombak Setia 3 1357 8 N.18 : Hulu Kelang 1 102 9 N.23: Dusun Tua 6 1379 10 N.24 : Semenyih 3 1012 11 N.29 : Seri Serdang 2 544 12 N.37 : Bukit Lanjan 1 683 13 N.38 : Paya Jaras 1 169 14 N.40 :Kota Anggerik 1 209 15 N.44 : Selat Klang 2 129 16 N.46 : Pelabuhan Klang 1 262 17 N.51 : Sijangkang 6 2462 18 N.52 : Banting 5 1341 19 N.53 : Morib 3 498 20 N.54 : Tanjung Sepat 3 1425 21 N.55 : Dengkil 17 3239 Jumlah 74 19979 Jadual 2 : Bilangan Masyarakat Orang Asli Mengikut Dun Di Negeri Selangor Bil DUN Bil Kampung Orang Asli Nama Kampung Bil Penduduk Jumlah Penduduk 1 N.05 : Hulu Bernam 2 KOA Changkat Bintang 132 313 KOA Serigala 181 2 N.06: Kuala Kubu Baharu 7 KOA Kuala Kerling 230 1,736 KOA Kolam Air 55 KOA Tun Abd Razak 711 KOA Pertak 248 KOA Buloh Telor 144 KOA Gerachi Jaya 256 KOA Sungai Jang 92 3 N.07 : Batang Kali 7 KOA Gurney 247 2,445 KOA Songkok 100 KOA Hulu Tamu 498 KOA Serendah 586 KOA Sungai Garing 36 KOA Bukit Manchong 795 KOA Sungai Kelubi 183 4 N13: Kuang 1 KOA Hulu Kuang 425 425 5 N.15 : Taman Templer 1 KOA Bukit Lagong 125 125 6 N.16: Sungai Tua 1 KOA Hulu Batu 124 124 7 N17: Gombak Setia 3 KOA Sungai Relang 30 1,357 KOA Batu 12 Gombak 1253 KOA Batu 16 Gombak 74 8 N.18 : Hulu Kelang 1 KOA Hulu Kemensah 102 102 9 N.23: Dusun Tua 6 KOA Kuala Pangsun 517 1,379 KOA Padang, Sungai Congkak 120 KOA Gabai 121 KOA Paya Lebar 206 KOA Genting Peras 194 KOA Donglai Baru 221 10 N.24 : Semenyih 3 KOA Sungai Lalang Baru 519 1,012 KOA Kachau 240 KOA Broga 253 11 N.29 : Seri Serdang 2 KOA Sungai Rasau Hilir 393 544 KOA Sungai Rasau Hulu 151 12 N.37 : Bukit Lanjan 1 KOA Bukit Lanjan 683 683 13 N.38 : Paya Jaras 1 KOA Sungai Buloh 169 169 14 N.40 :Kota Anggerik 1 KOA Bukit Bandaraya (Air Kuning) 209 209 15 N.44 : Selat Klang 2 KOA Pulau Ketam 48 129 KOA Bagan Hailam 81 16 N.46 : Pelabuhan Klang 1 KOA Pulau Indah 262 262 17 N.51 : Sijangkang 6 KOA Sungai Judah 477 2,462 KOA Kepau Laut 175 KOA Sungai Bumbun 521 KOA Sungai Kurau 235 KOA Sungai Rambai 115 KOA Taman Desa Kemandol 939 18 N.52 : Banting 5 KOA Busut Baru 465 1,341 KOA Pulau Kempas 343 KOA Bukit Cheeding 268 KOA Bukit Kechil 110 KOA Bukit Perah 155 19 N.53 : Morib 3 KOA Permatang Buah 80 498 KOA Telok Tongkah 167 KOA Pulau Banting 251 20 N.54 : Tanjung Sepat 3 KOA Tanjung Sepat 567 1,425 KOA Sungai Belankan 76 KOA Bukit Bangkong Sungai Pelek 782 21 N.55 : Dengkil 17 KOA Paya Rumput 80 3,239 KOA Mutus Tua 28 KOA Bukit Tadom 528 KOA Bukit Serdang 200 KOA Kolam Air Bangkong, Dengkil 438 KOA Kelinsing 161 KOA Jambu 42 KOA Bakok 82 KOA Sungai Melut 267 KOA Bukit Tampoi 342 KOA Bukit Baja 303 KOA Air Terentang 127 KOA Bukit Jenuk 86 KOA Batu 28 Jenderam Hilir 164 KOA Bukit Dugang 164 KOA Bukit Tunggul 50 KOA Sungai Buah 177 Jumlah 74 19979 -
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan hak Orang Asli dilindungi, terutamanya dalam aspek tanah adat?
Antara kaedah-kaedah yang boleh digunapakai untuk melindungi tanah Orang Asli adalah dengan menguatkuasakan peruntukan undang – undang yang berkaitan dengan kesejahteraan hidup Orang Asli. Antara Akta yang jelas mempertahankan hak Orang Asli adalah Akta 134, Akta Orang Asli 1954. Dalam soal tanah, Seksyen 6 akta tersebut, adalah berkaitan pengurusan kawasan Orang Asli atau lebih mudah dikenali sebagai tanah saka. Tidak dinyatakan di mana-mana dalam akta tersebut berkaitan Tanah Wilayah Adat Orang Asli.
Sebagai jabatan yang bertanggungjawab mengenai pentadbiran, kebajikan dan kemajuan Orang Asli secara amnya, pengurusan perlindungan tanah saka adalah menjadi keutamaan. Sehubungan dengan itu, JAKOA Negeri Selangor adalah komited untuk mewartakan sebagai rezab Orang Asli keseluruhan kawasan Orang Asli di negeri.
Tindakan pertama yang perlu dibuat adalah perizaban dan pewartaan semua tanah Orang Asli mengikut seksyen 6 atau seksyen 7, Akta 134, mengikut mana yang bersesuaian hendaklah diluluskan dan diwartakan oleh Kerajaan Negeri. Melalui pewartaan seksyen 6 dan seksyen 7 ini :
- Kawasan / Rizab Orang Asli dilindungi daripada diisytiharkan sebagai Rizab Orang Melayu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan Rizab Orang Melayu;
- tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai tempat perlindungan atau rizab di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pelindungan binatang dan burung liar;
- tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai hutan rizab di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan hutan;
- tiada tanah boleh diberikan hakmilik, diberikan, dipajakkan atau selainnya dilupuskan kecuali kepada Orang Asli daripada masyarakat Orang Asli yang biasanya bermastautin di dalam rizab itu; dan
- tiada pendudukan sementara mana-mana tanah boleh dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah.
- tiada lesen bagi pemungutan hasil hutan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan hutan boleh dikeluarkan kepada orang yang bukan Orang Asli yang biasanya bermastautin di dalam kawasan Orang Asli itu atau kepada mana-mana perusahaan komersial tanpa berunding dengan Ketua Pengarah dan dalam memberikan apa-apa lesen sedemikian bolehlah diperintahkan supaya suatu kadar tertentu buruh Orang Asli diambil kerja.
Sekiranya mana-mana tanah ingin disingkirkan daripada terus menjadi Kawasan atau Rizab Orang Asli, peruntukan dibawah seksyen 12 berkaitan perihal pampasan hendaklah dipatuhi dan mestilah berpandukan nilaian JPPH mengikut konsep di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960). Manakala sekiranya berlaku dimana terdapat harta tak alih seperti yang bukan tanah kerajaan, yang perlu diisytiharkan sebagai Kawasan atau Rizab Orang Asli, Kerajaan boleh membuat pengambilan tanah seperti yang diperuntukkan di dalam APT 1960. Berkaitan isu tanah yang didiami oleh Orang Asli yang masih belum diwartakan dan kawasan tersebut telah pun diisytiharkan sebagai Rizab Hutan dan lain-lain rizab, peruntukan sekyen 10, Akta 134 hendaklah dipatuhi. Seksyen tersebut jelas mengatakan bahawa Orang Asli tidak berkewajipan untuk meninggalkan kawasan tersebut dan boleh terus bermastautin didalamnya mengikut syarat dan kaedah yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kerajaan Negeri juga boleh mengecualikan Orang Asli daripada sebarang tindakan penguatkuasaan undang-undang bertulis yang terpakai di atas rizab – rizab tersebut.
Selain itu bagi mengelakkan tanah dan masyarakat Orang Asli daripada dieksploitasi oleh individu dan syarikat tertentu, setiap kemasukan individu bukan Orang Asli, syarikat dan Badan Bukan kerajaan ke perkampungan / kawasan Orang Asli hendaklah mendapat kebenaran daripada JAKOA agar pemantauan dapat dibuat. Dengan penguatkuasaan sepenuhnya Akta 134 diperingkat Kerajaan Negeri melalui kerjasama semua jabatan dan pihak yang berkaitan, usaha dalam melindungi tanah Orang Asli sudah pastinya akan membuahkan hasil.
Satu lagi akta yang mempunyai kuasa undang-undang yang luas adalah Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965). Memandangkan tanah Orang Asli masih merupakan tanah Kerajaan, tindakan penguatkuasaan boleh diambil melalui akta ini. Jabatan dan agensi yang terlibat boleh menjalankan penguatkuasaan mengikut Seksyen 425, KTN 1965 bagi sebarang pencerobohan, penyalahgunaan tanah rizab, pendudukan tak sah dan yang seumpama dengannya. Penguatkuasaan seksyen 426 dibawah akta yang sama juga boleh dibuat terhadap sebarang pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tak sah di dalam Kawasan / Rizab Orang Asli.