Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

16) HAL EHWAL ISLAM

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti sama ada sekolah agama di Negeri Selangor mencukupi untuk menampung jumlah pelajar di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri telah mengenalpasti jumlah sekolah agama adalah tidak mencukupi untuk menampung permintaan kemasukan pelajar di Negeri Selangor terutama di peringkat sekolah menengah.

    Calon Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) bagi murid Tahun Enam (6) di peringkat sekolah rendah pada tahun 2022 adalah 43,950 orang calon. Manakala penempatan untuk Sekolah Menengah Agama (SAM/ SAMT) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) adalah berjumlah 3,834 tempat sahaja.

    Situasi sama turut dihadapi JAIS dalam menguruskan kemasukan ke Pra Sekolah JAIS, Sekolah Rendah Agama (SRA), KAFA Integrasi dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI). Terutama di SRAI, permohonan kemasukan ke Tahun Satu (1) bagi sesi persekolahan 2023/2024 adalah berjumlah 2,557 permohonan manakala tempat yang mampu ditawarkan adalah 1,224 tempat sahaja.

    Isu berkaitan sekolah agama di Negeri Selangor bukan sekadar isu bangunan sekolah semata-mata, tetapi turut melibatkan sumber tenaga (guru), kakitangan sokongan, penyelenggaraan, kos utiliti, pembersihan, kawalan keselamatan, buku teks, bahan bantu mengajar dan pelbagai perkara yang melibatkan kos yang besar dan berterusan.

  2. Adakah kajian dilakukan sama ada kawasan yang ada keperluan tersebut mempunyai tapak dan juga peruntukan untuk dibina sekolah agama?

    Tapak untuk pembangunan sekolah agama wujud/ disediakan di kawasan-kawasan tumpuan dan berkeperluan tinggi namun peruntukan bagi perbelanjaan modal atau pembangunan dan perbelanjaan operasi adalah bergantung kepada keupayaan kewangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.