Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

12) HAL EHWAL ISLAM

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa peruntukan yang telah diluluskan untuk baikpulih surau dan masjid di DUN Rawang?

    Jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi tujuan baik pulih dan naik taraf masjid dan surau di DUN Rawang bagi tahun 2017 dan 2018 adalah berjumlah RM1,478,031.48. Peruntukan ini diluluskan berdasarkan keperluan semasa dengan mengutamakan kerosakan yang kritikal dan memberi kesan terhadap operasi masjid dan surau.

  2. Bilakah pemohonan naik taraf Masjid Nurul Iman Rawang akan diluluskan?

    Kerja-kerja baik pulih dan naik taraf yang melibatkan pembaikan bumbung, naik taraf ruang solat dan sistem bekalan elektrik telah dilaksanakan pada tahun 2016 dengan kos RM135,000.00. Pembaikan kecil yang melibatkan bumbung dan kubah juga telah dilaksanakan pada tahun 2018 dengan kos RM19,000.00. Pihak JAIS akan melaksanakan proses naik taraf berdasarkan keperluan tertakluk kepada kelulusan peruntukan.

  3. Nyatakan maklumat pemohonan naik taraf tersebut.

    Permohonan pihak masjid adalah bagi baik pulih dan naik taraf yang melibatkan skop bumbung bangunan, tandas dan pendawaian elektrik.

Lampiran

Tiada Lampiran.