Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

51) HAL EHWAL EKONOMI WANITA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif Kerajaan Selangor kepada sektor swasta untuk membantu wanita kembali bekerja selepas cuti beranak?

     Kerajaan Negeri melalui Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor dalam fasa untuk merangka beberapa program dan kajian berkaitan dengan membantu wanita untuk kembali bekerja selepas cuti bersalin ataupun wanita yang telah lama bercuti akibat dari cabaran penjagaan anak mahupun orang tua yang sering diletakkan di bawah tanggungjawab wanita atau

    Antara perancangan yang akan dilaksanakan adalah untuk mengkaji syarikat- syarikat di bawah Kerajaan Negeri bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada wanita atau isteri yang ingin kembali bekerja selepas cuti yang lama. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan digunakan untuk mewujudkan program-program yang mampu untuk meningkatkan jumlah peluang pekerjaan yang boleh disertai oleh wanita atau isteri sekaligus berkhidmat kepada Kerajaan Negeri.

    Selain daripada itu juga Kerajaan Negeri dalam perancangan menyediakan insentif atau geran kepada syarikat-syarikat swasta yang ingin menyertai atau melancarkan program kembali bekerja kepada wanita atau isteri di Negeri Selangor seperti yang telah disyorkan dalam Dasar Wanita Selangor. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada wanita atau isteri untuk belajar dan menambah kemahiran kerana telah lama meninggalkan dunia pekerjaan.

  2. Apakah langkah - langkah Kerajaan Selangor untuk memberi peluang perniagaan / kerjaya kepada ibu yang hanya boleh bekerja dalam masa yang lebih fleksibiliti?

    Beberapa program telah diwujudkan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada para wanita untuk menceburi bidang perniagaan iaitu program Skim Mikrokredit Hijrah. Program ini menyediakan bantuan pinjaman modal perniagaan sehingga RM50,000.00 kepada pemohon yang layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Skim ini memberikan peluang pekerjaan kepada wanita untuk menceburi bidang perniagaan disamping dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga. Ini kerana skim ini memberikan masa yang fleksibel kepada wanita dalam menguruskan masa samada masa bersama keluarga mahupun pekerjaan.

    Selain daripada itu juga, pihak Kerajaan Negeri melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB) telah menyediakan peruntukan berjumlah RM3,000,000.00 bagi menjalankan aktiviti dan latihan kemahiran yang berkaitan pemberdayaan wanita terutama dalam bidang ekonomi dan keusahawanan bagi melahirkan usahawan tempatan wanita serta memperbaiki taraf hidup dan sosioekonomi keluarga. Melalui aktiviti dan latihan kemahiran di bawah program-program PWB seramai 101 orang usahawan wanita telah dilahirkan setakat Oktober 2017.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.