Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
241) HAKMILIK TANAH
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah bilangan hakmilik tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 sehingga kini mengikut pecahan daerah dan kaum ?
Sejak tahun 2008, sebanyak 6,998 permohonan pemberimilikan tanah telah diluluskan dan dikeluarkan hak milik oleh Kerajaan Negeri dan pecahannya mengikut kaum adalah seperti berikut :-
1 Hulu Selangor 732 357 121 1210 2 Hulu Langat 680 400 248 1328 3 Kuala Selangor 228 62 17 307 4 Petaling 238 225 73 536 5 Sepang 247 188 169 604 6 Kuala Langat 9 1 15 25 7 Gombak 450 287 476 1213 8 Sabak Bernam 1231 454 51 1736 9 Klang 18 20 1 39 -
Sila nyatakan setakat manakah pencapaian yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri dalam konteks meluluskan hakmilik tanah secara berkelompok ?
Semua permohonan secara berkelompok yang diangkat untuk pertimbangan Kerajaan Negeri yang menepati syarat, lengkap dan teratur telah diluluskan oleh Kerajaan
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan Negeri dalam usaha menyelesaikan hakmilik tanah khususnya melalui kaedah permohonan secara berkelompok ?
Berdasarkan keputusan MMKN BiI.17/2009 bertarikh 17 Mei 2009, semua Pentadbir Tanah Daerah perlu mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah untuk pertimbangan MMKN secara berkelompok mengikut mukim dan daerah.
Kerajaan Negeri tidak menghadapi masalah untuk menyelesaikan hak milik tanah melalui permohonan berkelompok jika maklumat yang diterima adalah lengkap dan teratur. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang perlu disahkan semula oleh jabatan teknikal dan pejabat tanah seperti berikut :-
Pengesahan pemohon sama ada mengusahakan tapak yang dipohon dan pemohon yang tidak mengusahakan
Permohonan yang melibatkan rizab kerajaan seperti rizab jalan, rizab sungai dan kawasan sensitif alam
- Permohonan dari satu mukim tetapi kedudukan tanah adalah dari kawasan yang berlainan yang memerlukan laporan tanah yang