Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

66) HAKMILIK STRATA UNTUK HOTEL

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon setiap Pejabat Tanah nyatakan status pelaksanaan Usul No. 6 Tahun 2020 yang dibawa oleh YB Bandar Utama dalam sidang Dewan Negeri Selangor Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama.

    Untuk makluman YB Subang Jaya dan Ahli–ahli Yang Berhormat semua kelulusan pecah bahagi bangunan dan pengeluaran hakmilik strata adalah berdasarkan kepada kelulusan Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh yang demikian, kawalan untuk tidak membenarkan penjualan unit/ petak di dalam pembangunan hotel boleh diselaraskan di peringkat perancang Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing. Selain daripada itu syarat-syarat lain seperti yang terkandung di dalam Bahagian II (seksyen 6 hingga 14) Akta Hakmilik Strata juga terpakai bagi Pengarah Tanah dan Galian meluluskan pecah bahagi bangunan dan pengeluaran Hakmilik Strata.

Lampiran

Tiada Lampiran.