Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

245) HAKMILIK STRATA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah projek perumahan yang telah disiapkan melebihi 6 tahun di negeri Selangor yang masih belum mempunyai hakmilik strata?

    Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTG) tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkenaan projek perumahan yang telah disiapkan melebihi 6 tahun di negeri Selangor yang masih belum mempunyai hakmilik strata kerana PTG tidak mempunyai rekod kesemua projek perumahan yang telah mendapat kelulusan perancangan dan dikeluarkan Sijil Layak Menduduki Bangunan (CFO) / Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi seluruh negeri Selangor. Namun demikian, pihak PTG telah mengenal pasti sebanyak 198 projek perumahan yang masih belum mempunyai hakmilik strata hasil daripada aduan orang awam dan maklumat daripada pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB).

  2. Apakah tindakan yang telah dan boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pihak pemaju memohon hakmilik strata?

    Pihak Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah seksyen 8, Akta Hakmilik Strata 1985 terhadap tuan tanah yang gagal mengemukakan permohonan hakmilik strata. Selain itu, dalam mewujudkan sistem penyampaian yang lebih baik, cadangan pindaan terhadap Akta Hakmilik Strata 1985 dalam proses penggubalan.

    Antara lainnya mengehendaki tuan tanah mengemukakan permohonan hakmilik strata pada peringkat awal lagi iaitu dengan mendepositkan bayaran upah ukur untuk permohonan hakmilik strata sebagai pra syarat kelulusan pelan bangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.