Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
187) HAKMILIK KEKAL KEPADA PENDUDUK-PENDUDUK KAMPUNG BARU CINA & TERSUSUN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri Perak dalam memberikan hak milik kekal kepada semua pendudukpenduduk Kampung Baru Cina dan Kampung Tersusun?
-
Berapakah jumlah Kampung Baru Cina dan Kampung Tersusun yang masih wujud di Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai rancangan untuk membentuk suatu perkampungan khas bagi orang-orang India yang telah diusir dari ladang-ladang yang terpaksa dibangunkan?