Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
93) HAKISAN TEBING SUNGAI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan projek, peruntukan dan status projek untuk membaiki hakisan sungai di Hulu Selangor dan dun Kuala Kubu Baharu bagi tahun 2020, 2021, 2022, 2023 dan 2024.
Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang tempoh tahun 2020 hingga 2024, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah melaksanakan dua (2) projek tebatan banjir di Hulu Selangor dan DUN Kuala Kubu Bharu. Projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
Bil. Tajuk Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Bernam, Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Pakej 1(Sg. Gesir) 6,561,000.00 21.11.2018 –
18.11.2020
Siap 2. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batang Kali, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan 7,552,000.00 16.6.2023 –
12.12.2024
Dalam Pelaksanaan Jadual: 88%
Sebenar: 84%
(sehingga
30 Oktober 2024)
Jumlah 14,113,000.00 -
Bagaimana Kerajaan membuat pemantauan dan pengagihan dana untuk membaiki hakisan sungai di Hulu Selangor memandangkan isu kewangan sentiasa menjadi jawapan pihak JPS di peringkat Mesyuarat Jawatankuasan Pembangunan Tindakan?
Untuk makluman Yang Berhormat, melalui pemantauan yang dilaksanakan di kawasan-kawasan yang berlaku hakisan tebing dan juga aduan awam, JPS Negeri Selangor telah menyenaraikan cadangan kerja bagi memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Pelaksanaan kerja tersebut adalah bergantung kepada jumlah peruntukan yang diterima dan keperluan semasa di lokasi.
-
Bagaimana Kerajaan memastikan dana yang secukupnya bagi mengatasi hakisan sungai di Kg. Jawa, Ladang Sungai Jernih, Kg Air Panas Kerling, Sungai Liam (dan lain-lain lagi)?
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi memastikan dana yang mencukupi, JPS Negeri Selangor telah membuat perancangan kerja bagi tahun berikutnya dengan mengambilkira keadaan tebing sungai dan juga aduan dari penduduk.