Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

136) HAKISAN TEBING SUNGAI

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pemerhatian kasar mendapati hakisan tebing Sungai Langat terutama di jajaran selari dengan projek Denai Sungai Kebangsaan (DSK) bersebelahan kawasan perumahan Seksyen 3, 4 dan 5 Bandar Baru Bangi berlaku dengan ketara pada tahun ini. Runtuhan tebing sungai semakin menghampiri denai yang dibina dan apabila hujan turun lebat ada bahagian denai yang ditenggelami air sungai. Apakah pelan atau tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Denai Sungai Kebangsaan ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sebagai kawalan pencemaran sungai dan risiko banjir. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan kerjasama bersama pihak NAHRIM juga sedang giat dijalankan untuk mengkaji dan menghasilkan inovasi bagi mengatasi masalah tebing runtuh tersebut.

     

    Sebagai langkah jangka masa panjang yang melibatkan tebing Sungai Langat, Kerajaan Persekutuan dalam peringkat kelulusan bagi “Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2” di bawah Peruntukan Off Budget dengan anggaran kos sebanyak RM2.074 bilion. JPS juga telah mengemukakan permohonan “Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 3” dengan anggaran kos sebanyak RM10.538 bilion di bawah Peruntukan Persekutuan Rolling Plan (RP) ke-3 RMKe-12.

Lampiran

Tiada Lampiran.