Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

98) HAKISAN TEBING JALAN HAMZAH ALANG BUKIT CERAKAH DUN IJOK

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan JPS dan JKR Kuala Selangor untuk mengatasi dan memperbaiki jalan ini yang telah lama rosak dan membahayakan pengguna jalan disebabkan tiada selenggaraan parit di tepi jalan?

    JPS

    a)     Parit saliran utama di kawasan ini adalah sangat berhampiran antara dua (2) jalan iaitu jalan negeri dan jalan kampung. Jarak antara jalan negeri dan jalan kampung tersebut adalah lebih kurang 8km. Kerja-kerja pembersihan parit telah dijalankan secara berkala pada tahun-tahun terdahulu untuk melancarkan aliran serta mengurangkan risiko banjir. Namun demikian, kerja pembersihan parit yang terlalu kerap telah menyebabkan struktur tebing parit semakin lemah disebabkan oleh tahap kecerunan parit yang semakin curam.

     

    Oleh yang demikian, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengurangkan kekerapan kerja pembersihan parit tersebut kepada sekali setahun iaitu sebelum menjelang musim hujan bagi tujuan mengurangkan risiko kegagalan tebing. Manakala, kerja pembaikan tebing yang rosak akan dilaksanakan secara lokaliti dengan menggunakan Peruntukan Mengurus tahunan Jabatan.

     

    JKR

     

    a)        Berdasarkan rekod di dalam sistem MARRIS Online, Jalan Hamzah Alang Bukit Cherakah telah didaftarkan sebagai Laluan B104 Jalan Merbau dan ia merupakan Jalan Raya Negeri di bawah kawalan JKR Selangor. Melalui Kontrak Penyelenggaraan Jalan Negeri, JKR Selangor telah mengeluarkan tiga (3) Arahan Kerja ke atas jalan berkenaan yang melibatkan kerja-kerja membaikpulih jalan serta bahu jalan dengan anggaran kos berjumlah RM2.2 juta.  [Dua (2) Arahan Kerja tersebut telah siap sepenuhnya manakala satu (1) Arahan Kerja masih dalam pelaksanaan]

Lampiran

Tiada Lampiran.