Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

168) HAKISAN SUNGAI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah aduan dan kes hakisan serta tebing sungai runtuh mengikut daerah dari tahun 2008 ?

    Jumlah aduan yang diterima oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor mengikut daerah bagi kes hakisan tebing yang disebabkan oleh aktiviti perlombongan pasir adalah seperti berikut :-

    Bil Daerah Tahun 2008 Tahun 2009 Sehingga

    September

    2010

     
    1. Sabak Bernam 0 0 0
    2. Kuala Selangor 0 0 0
    3. Klang 0 0 0
    4. Petaling 0 0 1
    5. Kuala Langat 0 0 0
    6. Sepang 15 15 18
    7. Hulu Langat 15 10 18
    8. Gombak 15 24 17
    9. Hulu Selangor 3 3 2
      JUMLAH 48 52 56

     

  2. Adakah pihak kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk mengatasi masalah tersebut ?

    Tiada peruntukan khas membaiki hakisan sungai dan tebing runtuh di bawah butiran peruntukan RMK9 yang disediakan. Namun begitu kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan di bawah butiran peruntukan mencegah banjir, menaiktaraf saliran dan juga rancangan pengurusan sungai. Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku keadaan yang di luar jangka seperti banjir besar dan sebagainya yang boleh membahayakan nyawa penduduk ataupun menjejaskan kestabilan infrastruktur awam, pihak jabatan akan mendapatkan kelulusan kerajaan negeri bagi peruntukan luar jangka. Bagi tujuan perancangan dan pemantauan yang lebih baik, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah mewujudkan butiran khas di dalam RMK10 iaitu penstabilan dan pengukuhan tebing pelbagai daerah bagi tujuan tersebut.

  3. Adakah langkah yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah tersebut daripada menjadi lebih buruk ?

    Masalah hakisan sungai dan tebing runtuh dapat dibendung melalui pemantauan dan penguatkuasaan yang dilaksana secara berterusan oleh pihak seperti Kumpulan Semesta Sendirian Berhad, Lembaga Urus Air Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Pengairan dan Saliran bagi mengelakkan masalah tersebut daripada menjadi lebih buruk. Walaubagaimanapun masalah-masalah ini tidak akan wujud sekiranya  pengusaha-pengusaha perlombongan pasir tidak bertindak di luar ruang izin yang telah ditetapkan di dalam syarat-syarat JPS dan mematuhi SOP yang dikeluarkan iaitu:

    • kuantiti pengambilan pasir tidak melebihi 300 meter padu sehari oleh penguasa;
    • pengeluaran pasir dari dasar tidak melebihi 1.5 meter dalam bagi memastikan kejadian hakisan tebing dapat dielakkan.
    • pengusaha juga hendaklah memastikan pengambilan pasir dikeluarkan berdasarkan kaedah lapisan (layer by layer) dan bukan secara bertompoktompok.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.