Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

335) HAK WANITA ISLAM SEBAGAI ISTERI, BEKAS ISTERI DAN BALU

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan usaha-usaha yang telah dilakukan atau yang sedang berjalan atau telah dirancang untuk memastikan bahawa setiap wanita di Negeri Selangor ini faham tentang hak-hak mereka mengikut kategori bergelar isteri, bekas isteri atau balu mengikut undang-undang Syariah Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa proaktif dalam memastikan rakyatnya sentiasa cakna tentang tanggungjawab serta hak-hak yang timbul dalam sesebuah perkahwinan. Bagi memastikan rakyat Negeri Selangor mempunyai pengetahuan dalam undang-undang syariah, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengikut peranan agensi masing-masing telah turun padang ke seluruh daerah di Negeri Selangor untuk melaksanakan program berkaitan. Melalui JAIS, institusi keluarga diperkasa dengan memberdaya peranan setiap anggotanya, manakala JAKESS memberikan penerangan dari sudut undang-undang. JAIS dan JAKESS telah melaksanakan beberapa tindakan berkala dalam usaha memberi penjelasan dan kefahaman kepada orang Islam di Negeri Selangor berkaitan hak-hak seorang wanita sama ada sebagai isteri, bekas isteri atau balu.

    Antara program yang telah dianjurkan oleh JAKESS :

    • Program Literasi Undang-undang Syariah Selangor
      1. Program Literasi Undang-Undang Syariah (Daerah Petaling) Siri 1 pada 6 Februari 2021
      2. Program Literasi Undang-Undang Syariah (Daerah Petaling) Siri 2 pada 20 Februari 2021
      3. Program Literasi Undang-Undang Syariah (Daerah Hulu Langat dan Klang) Siri 1 pada 6 Mac 2021
      4. Program Literasi Undang-Undang Syariah (Daerah Hulu Langat dan Klang) Siri 2 pada 20 Mac 2021
      5. Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 4 (Zon Kuala Selangor & Sabak Bernam) pada 20 Oktober 2022
      6. Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 5 (Zon Sepang) pada 24 Oktober 2023

     

    • Program Komuniti Sulh dan Rakan Bahagian Sokongan Keluarga
      1. Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Tahun 2021 pada 1 hingga 3 November 2021
      2. Program Komuniti Sulh dan Rakan Bahagian Sokongan Keluarga pada 14 Disember 2021
      3. Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Tahun 2023 pada 3 hingga 5 Oktober 2023

     

    • Webinar Kefahaman Undang-Undang Syariah

    Siri Webinar Kfahaman Undang-Undang Syariah telah dimulakan pada tahun 2021 di mana perkongsian ilmu berkaitan undang-undang syariah telah diadakan secara dalam talian menggunakan platform Facebook Live. Rakaman video bagi webinar-webinar tersebut juga telah dimuatnaik ke laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor bagi rujukan seluruh rakyat Negeri Selangor apabila diperlukan.

    Antara program yang telah dianjurkan oleh JAIS :

    1. Pelaksanaan program/ kursus/ seminar/ webinar pembangunan keluarga Islam di peringkat negeri, daerah dan kariah :
    2. Kursus Praperkahwinan Islam
    3. Kursus Pasca Perkahwinan Islam
    4. Skuad Informasi Kekeluargaan : Nikah, Cerai Dan Rujuk
    5. Seminar Keluarga Sakinah : Amanah Dalam Rumahtangga
    6. Seminar Kekeluargaan Islam : Tanggungjawab Dan Hak-Hak Seorang Wanita Dalam Perkahwinan Atau Selepas Perceraian
    7. Seminar Poligami
    8. Pelaksanaan program/ kursus/ seminar/ webinar pembangunan keluarga Islam dengan kerjasama agensi kerajaan atau swasta.
    9. Booth penerangan di Pusat Membeli Belah atau dalam apa-apa program anjuran agensi lain yang bersesuaian
    10. Hebahan penerangan melalui media masa jabatan
    11. Edaran flyer, pamphlet berkaitan hak-hak isteri
    12. Khidmat nasihat melalui panggilan telefon atau email atau hadir ke JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah

    Kesemua program ini dianjurkan oleh JAIS dan JAKESS secara konsisten pada setiap tahun sejak tahun 2018 dan diteruskan sehingga kini bagi memastikan rakyat Negeri Selangor mempunyai pengetahuan yang betul dan tepat berkaitan tanggungjawab serta hak-hak yang timbul dalam sesebuah perkahwinan.

  2. Senaraikan program-program yang telah dirancang, sedang dijalankan dan telah dijalankan di Selangor sepanjang tahun 2018 sehingga ke hari ini dan impak program tersebut dalam menyedarkan dan mendidik wanita tentang hak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap suami atau bekas suami yang culas membayar nafkah anak-anak mengikut undang-undang syariah Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa proaktif dalam memberikan kesedaran dan mendidik wanita tentang hak untuk memulakan tindakan yang perlu terhadap suami atau bekas suami yang culas membayar nafkah anak-anak. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor melalui JAIS dan JAKESS saban tahun turun padang ke seluruh daerah di Negeri Selangor dengan menganjurkan program-program penerangan dan literasi undang-undang syariah.

    Antara program yang telah dianjurkan oleh JAKESS:

    1. Program Literasi Undang-undang Syariah Selangor
      1. Program Literasi Undang-Undang Syariah (Daerah Petaling) Siri 1 pada 6 Februari 2021
      2. Program Literasi Undang-Undang Syariah (Daerah Petaling) Siri 2 pada 20 Februari 2021
      3. Program Literasi Undang-Undang Syariah (Daerah Hulu Langat dan Klang) Siri 1 pada 6 Mac 2021
      4. Program Literasi Undang-Undang Syariah (Daerah Hulu Langat dan Klang) Siri 2 pada 20 Mac 2021
      5. Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 4 (Zon Kuala Selangor & Sabak Bernam) pada 20 Oktober 2022
      6. Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 5 (Zon Sepang) pada 24 Oktober 2023

     

    • Program Komuniti Sulh dan Rakan Bahagian Sokongan Keluarga
    1. Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Tahun 2021 pada 1 hingga 3 November 2021
    2. Program Komuniti Sulh dan Rakan Bahagian Sokongan Keluarga pada 14 Disember 2021
    3. Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Tahun 2023 pada 3 hingga 5 Oktober 2023

     

    • Webinar Kefahaman Undang-Undang Syariah

    Siri Webinar Kefahaman Undang-Undang Syariah telah dimulakan pada tahun 2021 di mana perkongsian ilmu berkaitan undang-undang syariah telah diadakan secara dalam talian menggunakan platform Facebook Live. Rakaman video bagi webinar-webinar tersebut juga telah dimuatnaik ke laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor bagi rujukan seluruh rakyat Negeri Selangor apabila diperlukan.

    Antara program yang telah dianjurkan oleh JAIS:

    1. Kursus Praperkahwinan Islam
    2. Kursus Pasca Perkahwinan Islam
    3. Skuad Informasi Kekeluargaan : Nikah, Cerai Dan Rujuk
    4. Seminar Keluarga Sakinah : Amanah Dalam Rumahtangga
    5. Seminar Kekeluargaan Islam : Tanggungjawab Dan Hak-Hak Seorang Wanita Dalam Perkahwinan Atau Selepas Perceraian

    Kesemua program ini dianjurkan oleh JAIS dan JAKESS secara konsisten pada setiap tahun dan diteruskan sehingga kini bagi memastikan rakyat Negeri Selangor mempunyai pengetahuan yang betul dan tepat berkaitan tindakan yang perlu dimulakan terhadap suami atau bekas suami yang culas membayar nafkah anak-anak..

  3. Senaraikan program-program yang telah dirancang, sedang dijalankan dan telah dijalankan di Selangor sepanjang tahun 2018 sehingga ke hari ini dan impak program tersebut dalam mendidik dan menyedarkan para bapa atau bekas suami supaya tidak mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa proaktif dalam memberikan kesedaran dan   mendidik para bapa atau bekas suami supaya tidak mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah. Bagi tujuan tersebut Kerajaan Negeri Selangor melalui JAIS dan JAKESS saban tahun turun padang ke seluruh daerah di Negeri Selangor dengan menganjurkan program-program kesedaran dan literasi undang-undang syariah.

     

    Antara program yang telah dianjurkan oleh JAKESS :

    1. Program Literasi Undang-undang Syariah Selangor
    2. Program Literasi Undang-Undang Syariah (Daerah Petaling) Siri 1 pada 6 Februari 2021.
    3. Program Literasi Undang-Undang Syariah (Daerah Petaling) Siri 2 pada 20 Februari 2021.
    • Program Literasi Undang-Undang Syariah (Daerah Hulu Langat dan Klang) Siri 1 pada 6 Mac 2021.
    1. Program Literasi Undang-Undang Syariah (Daerah Hulu Langat dan Klang) Siri 2 pada 20 Mac 2021.
    2. Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 4 (Zon Kuala Selangor & Sabak Bernam) pada 20 Oktober 2022.
    3. Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 5 (Zon Sepang) pada 24 Oktober 2023.

     

    1. Program Komuniti Sulh dan Rakan Bahagian Sokongan Keluarga

     

    1. Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Tahun 2021 pada 1 hingga 3 November 2021.
    2. Program Komuniti Sulh dan Rakan Bahagian Sokongan Keluarga pada 14 Disember 2021.
    • Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Tahun 2023 pada 3 hingga 5 Oktober 2023.

     

    1. Webinar Kefahaman Undang-Undang Syariah

     

    Siri Webinar Kefahaman Undang-Undang Syariah telah dimulakan pada tahun 2021 di mana perkongsian ilmu berkaitan undang-undang syariah telah diadakan secara dalam talian menggunakan platform Facebook Live. Rakaman video bagi webinar-webinar tersebut juga telah dimuatnaik ke laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor bagi rujukan seluruh rakyat Negeri Selangor apabila diperlukan.

     

    Selain penganjuran program-program yang dinyatakan di atas, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor juga telah memulakan Program Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga pada tahun 2019 yang mensasarkan penglibatan wakil-wakil komuniti yang dilatih untuk menjadi ejen kepada Mahkamah Syariah atau pun rujukan di kalangan ahli komuniti dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan undang-undang syariah. Wakil-wakil komuniti ini sentiasa diberikan latihan serta pendedahan tentang tindakan-tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku konflik rumahtangga di peringkat masyarakat setempat. Program Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga ini juga telah melibatkan kumpulan sasar berbeza pada setiap tahun dan telah dianjurkan secara konsisten pada setiap tahun sehingga kini.

     

    Antara program yang telah dianjurkan oleh JAIS:

     

    1. Kursus Praperkahwinan Islam
    2. Kursus Pasca Perkahwinan Islam
    • Skuad Informasi Kekeluargaan : Nikah, Cerai Dan Rujuk
    1. Seminar Keluarga Sakinah : Amanah Dalam Rumahtangga
    2. Webinar Kekeluargaan Islam : Tanggungjawab Seorang Suami
    3. Seminar Pemperdayaan Lelaki : Suami Dambaan Syurga

     

    Kesemua program ini dianjurkan oleh JAIS dan JAKESS secara konsisten pada setiap tahun sejak tahun 2018 dan diteruskan sehingga kini bagi memastikan rakyat Negeri Selangor mempunyai pengetahuan yang betul dan tepat serta dapat memberikan kesedaran dan mendidik para bapa atau bekas suami supaya tidak mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah.

Lampiran

Tiada Lampiran.