Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

12) HAK PENEROKA/WARIS PENEROKA TANAH KAMPUNG HAMID TUAH, TELOK GONG

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan peneroka/waris peneroka yang masih belum selesai?

    Yang Berhormat, dimaklumkan jumlah permohonan yang diterima oleh pentadbiran ini bagi isu pemberimilikan Tanah Kg. Hamid Tuah, Telok Gong daripada peneroka adalah sebanyak 206 permohonan (peneroka) dan Kerajaan Negeri telah menyelesaikan sebanyak 141 permohonan daripada peneroka-peneroka. Pada masa ini, masih terdapat sebanyak 65 permohonan daripada peneroka yang masih dalam tindakan penyelesaian oleh Kerajaan Negeri.

  2. Bilakah Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan isu pemilikan tanah tersebut sepenuhnya?

    Sepertimana Yang Berhormat maklum, Kerajaan Negeri begitu komited dalam usaha menyelesaikan isu pemilikan tanah di Kg. Hamid Tuah yang melibatkan tanah hakmilik iaitu antara pemilik berdaftar dan peneroka asal sejak dahulu lagi. Pejabat Daerah/Tanah Klang telah menjalankan tugas selaku moderator bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut dan pihak-pihak yang terlibat (pemilik asal) masih dipanggil bagi sesi rundingan.

    Penyelesaian sepenuhnya bagi isu pemberimilikan tanah ini adalah berdasarkan rundingan serta persetujuan oleh pemilik-pemilik asal tanah yang terlibat untuk menerima cadangan tanah ganti berkaitan. Walaubagaimanapun, sekiranya persetujuan tidak dapat dicapai melalui proses rundingan, pentadbiran ini akan memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk tindakan seterusnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.