Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

41) HAK MILIK TANAH UNTUK TAMAN MAWAR, AMPANG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah hak milik tanah tersebut disediakan?

    Suratan Hakmilik Tanah lazimnya disediakan dalam tempoh 3 bulan selepas manamana pemohon yang diluluskan pemberian milik tanah menjelaskan semua bayaran
    yang dituntut melalui Notis 5A. Ini turut terpakai bagi kes Taman Mawar.

  2. Apakah masalah-masalah dalam proses permohonan hak milik tanah untuk Taman Mawar?

    Pemilik tanah (Musytari Development Sdn. Bhd.) diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah
    Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Januari 1996.
    Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat telah meminta pemilik supaya menyerahkan
    hakmilik blok berkenaan untuk dikeluarkan hakmilik berasingan, tetapi pemilik tidak
    berbuat demikian dan gagal menjelaskan semua bayaran cukai tanah semasa dan
    tunggakan yang pada ketika itu berjumlah RM40,152.30 serta bayaran premium
    sebanyak RM317,508.50.
    Jumlah tunggakan terkini cukai tanah termasuk bayaran denda lewat ialah
    RM419,612.40.

  3. Langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah tersebut.

    Untuk menyelesaikan masalah pengeluaran hakmilik berasingan, beberapa siri
    perjumpaan dan mesyuarat telah diadakan di antara Pejabat Daerah / Tanah Hulu
    Langat dengan agensi-agensi yang terlibat iaitu Jawatankuasa Bertindak Penduduk
    Taman Mawar Ampang, Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Kuala Lumpur,
    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya
    dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor.
    Selain itu, bagi membantu masalah ini diselesaikan, Pentadbir Tanah Hulu Langat turut
    mencadangkan bayaran cukai tanah dikecualikan memandangkan pemilik tiada aset
    yang lain dan tidak mempunyai baki di dalam akaun bank, serta mencadangkan bayaran
    premium nominal (RM100.00 selot) dikenakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.