Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
363) HAK MILIK TANAH PEMILIK RUMAH FASA 1 DAN FASA 2 DESA BUKIT INDAH, SUNGAI BULOH
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah masalah yang dihadapi oleh pemaju sehingga gagal menyelesaikan masalah hak milik sehingga kini?
i. Pemaju iaitu Magilds Industrial Park Sdn Bhd. telah diluluskan permohonan pembangunan tanah di bawah seksyen 204B melalui Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 2/2020 yang diadakan pada 15 Januari 2020.
ii. Pemilik telah menjelaskan bayaran premium dan lain-lain pada 4 Januari 2021, seterusnya hakmilik sambungan melibatkan 626 hakmilik baru yang terdiri daripada bangunan kediaman, bangunan perniagaan dan industri telah didaftarkan pada April 2022.
iii. Status terkini, pemaju baru mengemukakan permohonan kebenaran pindahmilik berkelompok ke Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan masih dalam proses. Berdasarkan makluman dari pemaju, setelah kebenaran pindahmilik diterima, pemaju bersedia untuk meneruskan proses pindahmilik kepada pembeli-pembeli dalam tempoh terdekat.
-
Bagaimana Kerajaan Negeri boleh menyelesaikan masalah yang telah lama berlaku?
Di peringkat Kerajaan Negeri, tindakan sewajarnya telah diambil dan kini dalam tindakan pemaju bagi peringkat akhir iaitu memindahmilik tanah kepada pembeli-pembeli. Urusan pindahmilik (MOT) kepada pembelipembeli akan dibuat setelah menerima kelulusan kebenaran pindahmilik.
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mewujudkan jawatankuasa bertindah bagi menyelesaikan isu ini?
Tiada, namun sesi-sesi bersama penduduk dan pemaju telah diadakan bagi membincangkan perkara ini. Kerajaan Negeri sentiasa komited dari semasa ke semasa untk menangani perkara sebegini secara menyeluruh melalui PTGS, PDT, LPHS serta agensi-agensi yang berkaitan.