Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

36) HAK MILIK TANAH /GERAN TANAH DAN STRATA TITLE

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Isu hak milik tanah telah berlarutan sekian lama. Ramai dari penghuni telah menunggu bertahun-tahun lamanya untuk memohon hak milik tanah. Apakah dasar baru yang akan di amalkan untuk mengatasi masalah ini?

    Tiada dasar baru yang dibuat tetapi terdapat langkah-Iangkahpenambahbaikan
    yang telah diambil secara berkesan untuk mengatasi masalah ini bagi
    memastikan hak milik strata dapat dikeluarkan. Di antara langkah-Iangkah
    tersebut adalah seperti berikut:-
    i) Pelaksanaan Sistem Permohonan Hak milik Strata dalam memproses
    permohonan pecah bahagi bangunan sehingga pendaftaran Hak milik
    Strata seterusnyadikeluarkankepada PemilikTanah Asall Pemaju.
    ii) Merealisasikan konsep ‘One-stop Centre’ di mana semua urusan
    permohonan Hak milik Strata sarna ada tanah milik Pendaftar atau
    PentadbirTanah di proses di PejabatTanah dan Galian Selangor.
    iii) Mempergiatkan penguatkuasaan terhadap Pemilik Tanah Asal I Pemaju
    yang enggan mengemukakan permohonan Hak milik Strata dengan
    tindakan pendakwaanmengikut seksyen 8(5) Akta Hak milik Strata 1985.

  2. Ada berapa kawasan perumahan di kawasan DUN Teratai yang telah siap dibina lebih dari satu tahun tetapi masih tidak mendapat hak milik tanah dan strata title?

    Pejabat Tanah dan Galian Selangor tiada mempunyai data bilangan kawasan
    perumahan di kawasan DUN Teratai yang telah siap dibina lebih dari satu tahun
    tetapi masih tidak mendapat Hak milik Strata. Ini adalah kerana Sijil Layak
    Menduduki (CF) dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Namun
    begitu, kedudukan data pembangunan strata bagi Daerah Ulu Langat yang telah
    mengemukakan permohonan pecah bahagi bangunan sehingga 2 Mei 2008
    adalah seperti berikut:-
    i) jumlah permohonanyang dikemukakan-1561 skim (66140 petak)
    — —
    ii) jumlah permohonanyang telah diluluskan-1141 skim (44731 petak)
    iii) jumlah permohonanyang telah didaftarkan-1244 skim (54904 petak)

  3. Secara purata, berapa lama untuk sesuatu hak milik tanah diluluskan?

    Menurut Seksyen 76 Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa Negeri mempunyai
    kuasa melupuskan tanah secara pemberimilikan bagi semua tanah kerajaan di
    Negeri Selangor kecuali bagi tanah-tanah berikut:-
    a) tanah milik;
    b) tanah rizab; dan
    c) tanah lombong.
    Berdasarkan piagam semasa, tempoh pemprosesan permohonan
    pemberimilikantanah di PTG Selangor adalah 21 hari. Kertas permohonanyang
    diterima dari PTD akan diproses dalam tempoh 21 hari sebelum di angkat
    kepada Pihak BerkuasaNegeri untuk dipertimbangkan.
    Hakmilik tanah akan dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah atau Pendaftar Hakmilik
    dalam tempoh 2 bulan selepas pemohon yang diluluskan pemberimilikan tanah
    menjelaskan bayaran seperti ternyata di Borang 5A (Notis Bahawa Hasil Tanah
    Harus Dibayar).
    Bagi pembangunan strata di atas tanah milik, pemilik tanah perlu
    mengemukakan permohonan pecah bahagi bangunan yang lengkap kepada
    Bahagian Hakmilik Strata, PTG Selangor. Berdasarkan piagam semasa, tempoh
    pemprosesan bagi mengeluarkanhakmilik strata bagi permohonanyang lengkap
    adalah 6 bulan (180 hari).

Lampiran

Tiada Lampiran.