Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
72) HAK MILIK TANAH AHLI JAWATANKUASA BERTINDAK KAMPUNG ORANG ASLI PULAU KEMPAS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengembalikan hak dan kuasa milik tanah Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampong Orang Asli Pulau Kempas Banting berkenaan pihak luar menceroboh kawasan dan tanaman kelapa sawit (MC10) Mukim Tanjung 12, Kuala Langat Selangor?
Pentadbir Tanah Daerah Kuala Langat ingin memaklumkan bahawa kawasan dan tanaman kelapa sawit MC10 Mukim Tanjung Duabelas masih dalam proses tuntutan orang asli di mahkamah. Kerajaan negeri akan mengambil tindakan selaras dengan keputusan yang akan dibuat oleh pihak mahkamah.