Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

50) HAK MILIK STRATA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah premis kediaman dikawasan DUN Bukit Antarabangsa yang belum memiliki hakmilik strata? Senaraikan.

    DUN Bukit Antarabangsa terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Jumlah pembangunan berstrata yang masih belum memohon hakmilik strata di bawah pentadbiran MPAJ sehingga 15 Oktober 2024 adalah seperti berikut:

     

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN SKIM BILANGAN PETAK
    1. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 104 19,828
    Jumlah 104 19,828
  2. Senaraikan jumlah kediaman yang telah berjaya memiliki hak milik strata dari 2020 hingga terkini.

    Semakan mendapati bahawa senarai jumlah pembangunan berstrata di bawah DUN Bukit Antarabangsa berdasarkan data daripada Mukim Ulu Kelang, Daerah Gombak yang telah didaftarkan hakmilik strata dari tahun 2020 sehingga 15 Oktober 2024 adalah seperti berikut:

    BIL TAHUN BILANGAN SKIM BILANGAN PETAK CATATAN
    1. 2020 3 2,652
    2. 2021 4 320
    3. 2022 2

     

    735
    4. 2023 0 0 Tiada skim baharu didaftarkan pada tahun tersebut
    5. 2024 0 0 Tiada skim baharu didaftarkan pada tahun tersebut
    Jumlah 9 3,707
  3. Apakah dasar baru Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan masalah hak milik strata?

    Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas Penyelesaian Skim Strata Negeri Selangor (Task Force) yang dipengerusikan bersama oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) serta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti isu dan masalah yang dihadapi serta merangka penyelesaian bagi membantu menyelesaikan masalah pembangunan berstrata yang masih belum dikeluarkan hakmilik di negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.