Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
223) HAK MILIK STRATA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah pembangunan berstrata yang masih belum menerima hak milik strata selepas serahan kunci?
Pembangunan berstrata yang masih belum menerima hakmilik strata selepas serahan kunci ialah sebanyak 370 skim yang terdiri daripada kos rendah dan juga lain – lain kategori. Ini melibatkan hampir 500,000 petak atau unit.
Jumlah ini adalah berdasarkan aduan yang diterima dari pengadu yang terdiri daripada Orang Awam dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Buat masa ini, Unit penguatkuasaan Strata akan mengambil tindakan setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Tanah Negara melalui pemberitahuan warta yang masih dalam tindakan menguatkuasakan Akta baru, Akta Hakmilik Strata pindaan 2013 yang disiarkan dalam warta bertarikh 7 Februari 2013.
Akta Hakmilik Strata pindaan 2013 tersebut merangkumi proses kerja penguatkuasaan Strata yang lebih teratur dan komprehensif bagi menjalankan penguatkuasaan secara amnya di Malaysia dan khusus di Negeri Selangor Darul Ehsan.
-
Apakah tindakan penguatkuasaan yang diambil kepada pemaju bersalah?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 10 Jun 2013 telah menolak soalan ini.
-
Perincikan statistik penguatkuasaan tersebut?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 10 Jun 2013 telah menolak soalan ini.