Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

21) HAK MILIK STRATA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah bangunan yang masih belum memperolehi hak milik strata mengikut daerah.

    1. Untuk makluman YB Kinrara, jumlah skim pembangunan yang telah memperoleh hak milik strata adalah sebanyak 8,851 skim yang melibatkan sejumlah 525,025 hak milik secara

     

    Walau bagaimanapun, siasatan oleh pihak PTGS mendapati bahawa terdapat 276 skim pembangunan yang layak mengemukakan permohonan, tetapi pihak pemaju atau pemilik tanah masih belum mengemukakan permohonan bagi memperoleh hak milik strata. Di samping itu juga, PTGS sedang menyemak status 849 skim pembangunan lagi bagi menentukan sama ada layak untuk membuat permohonan hak milik strata.

     

    Statistik skim pembangunan yang belum mempunyai hak milik strata mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut:

     

     

    BIL

     

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN

     

    JUMLAH SKIM

    BELUM MEMOHON STRATA MASIH DALAM SIASATAN
    1 Majlis Bandaraya Shah Alam 227 10 20
    2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 212 17 169
    3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 284 28 134
    4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 269 60 38

     

     

    BIL

     

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN

     

    JUMLAH SKIM

    BELUM MEMOHON STRATA MASIH DALAM SIASATAN
    5 Majlis Perbandaran Kajang 306 38 100
    6 Majlis Perbandaran Klang 258 24 72
    7 Majlis Perbandaran Selayang 310 10 222
    8 Majlis Perbandaran Sepang 299 59 45
    9 Majlis Daerah Hulu Selangor 86 26 11
    10 Majlis Daerah Sabak Bernam 2 0 2
    11 Majlis Daerah Kuala Langat 35 4 29
    12 Majlis Daerah Kuala Selangor 19 0 7
      JUMLAH BESAR 2,307 276 849
  2. Nyatakan faktor utama yang melambatkan proses pengeluaran hak milik strata

    Di antara faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kelewatan proses pengeluaran hak milik strata adalah:

     

    • Urusan tanah yang belum diselesaikan, sebagai contoh, tanah belum disatukan atau di pecah sempadan, premium yang masih belum diselesaikan, dan tanah yang masih berstatus hak milik sementara

     

    • Bangunan yang tiada CF (Sijil Kelayakan Menduduki) atau CCC (Perakuan Siap dan Pematuhan), dan bangunan yang dibina terlebih dari sempadan lot

    Pemilik atau pemaju yang telah mempunyai masalah kewangan, atau telah digulung dan masih di dalam tindakan insolvensi

  3. Sejauh manakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap isu tersebut?

    Di dalam usaha untuk menjaga kebajikan rakyat dan meneraju inisiatif “Peduli Rakyat”, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah pun mengambil beberapa tindakan proaktif dengan mengadakan aktiviti “turun padang” dari semasa ke semasa secara

    Inisiatif ini dapat membantu meningkatkan kesedaran pihak pemilik hartanah, pemaju dan juga pihak-pihak berkepentingan lain tentang kepentingan dokumen hak milik strata serta kepentingan pengurusan strata yang efektif.

    Aktiviti seperti mesyuarat dan perjumpaan bersama pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) telah diadakan dan sejumlah 209 skim telah terlibat di dalam aktiviti ini, di mana secara tidak langsung telah membantu dalam peningkatan permohonan hak milik strata.

Lampiran

Tiada Lampiran.