Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

52) HAK MILIK STRATA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak masalah dihadapi bertahun-tahun tentang hak milik strata oleh pemilik unit flat dan pangsapuri yang lama. Bolehkah Kerajaan Selangor menubuhkan satu OSC untuk menyelaraskan dan memudahkan proses permohonan?

    Kerajaan Selangor boleh mewujudkan jawatankuasa pelaksanaan yang melibatkan semua agensi berkaitan yang dipantau oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) di mana Bahagian Hakmilik Strata, PTGS itu sendiri antara fungsinya menjalankan rundingan antara pihak tuan tanah atau pemaju dan penduduk dalam menyelesaikan masalah hakmilik, aduan hakmilik strata dan menjalankan siasatan terhadap tuan tanah atau pemaju di bawah Seksyen 8, Akta Hakmilik Strata (AHS) 1985. Bahagian ini juga telah menjalankan penyelesaian bagi aduan yang diterima secara ad-hoc melalui penglibatan agensi lain seperti Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan (Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan Jabatan Bangunan), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Badan Pengurusan Bersama (JMB), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan agensi-agensi lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.