Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

291) HAK AGAMA BUKAN ISLAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila bekalkan semua Standard Operating Procedure (SOP) yang berkenaan untuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila JAIS melakukan serbuan ataupun operasi di kawasan agama selain daripada Islam.

    Satu ketetapan mengenai operasi di kawasan-kawasan agama selain Islam telah dikeluarkan di mana perihal yang sedemikian perlu dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri untuk mendapat arahan sebelum ketetapan seterusnya

  2. Jika tiada SOP, sila jelaskan sebab-sebab kelewatan mewujudkan SOP walaupun telah lama dijanji.

    Jawatankuasa Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 Majlis Agama Islam Selangor bertanggungjawab meneliti kewajaran tindakan perkara berkaitan hal ini dari semasa ke

     

    Sehubungan dengan itu, satu cadangan tentang tatacara pengendalian kes berprofil tinggi telah siap untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 Majlis Agama Islam Selangor untuk penelitian dan pertimbangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.