Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
63) HAIWAN LIAR – MONYET DAN KERA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah penyelesaian Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah monyet dan kera di kawasan pekebun kecil yang menghasilkan tanaman kontan seperti pisang, nenas dan sayur-sayuran?
Dalam menangani konflik hidupan liar ini, Jabatan PERHILITAN telah menjalankan pelbagai usaha mitigasi bagi mengatasi dan mengurangkan jumlah aduan daripada orang ramai yang diterima setiap hari dengan kaedah-kaedah seperti pemantauan, pelupusan populasi secara terancang, tembak-halau dan tangkap- Gangguan hidupan liar ini bukan sahaja tertumpu di kawasan-kawasan pertanian malah di kawasan penempatan yang berhampiran habitat asal hidupan liar ini.
Sehubungan dengan itu, dalam memastikan spesies hidupan liar ini dipulihara secara lestari, pihak Jabatan bertanggungjawab mengambil sebarang tindakan yang praktikal bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat terpelihara dari sebarang ancaman yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Langkah- langkah pengurusan yang diambil oleh pihak Jabatan mengambil kira pelbagai faktor dan keperluan orang ramai yang pelbagai.
Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak Jabatan bagi mengawal populasi dan mengatasi aduan gangguan hidupan liar seperti berikut adalah berdasarkan kepada prosedur yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan kelestarian spesies hidupan liar tersebut :
- Mengawal populasi konflik dengan menjalankan tindakan penakaian (culling) yang merupakan kaedah biasa yang diamalkan dalam pengurusan hidupan liar. Kaedah ini digunapakai bagi mengawal populasi melalui pengurangan secara terkawal spesies konflik yang mendatangkan aduan gangguan yang Ini bagi mengelakkan kelimpahan populasi spesies berkenaan yang boleh mendatangkan kemusnahan dan menjadi ancaman kepada keselamatan orang awam. Kaedah yang dilaksanakan dibawah tindakan ini adalah seperti berikut:
- Tangkap hapus dimana perangkap diletakkan dikawasan yang aduan yang bermasalah dan haiwan yang ditangkap akan dikurangkan melalui suntikan secara
- Menjalankan operasi basmi musuh tanaman bersama penduduk setempat dan stakeholder yang terlibat melalui kerjasama-kerjasama yang dijalankan dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat semasa menjalani operasi
- Antara lain pengawalan secara tangkap pindah dimana spesies konflik tersebut akan ditangkap menggunakan perangkap pindah dan memindahkan ke kawasan hutan yang lebih luas dan jauh dari penempatan manusia.
Di bawah Program Kesejahteraan Rakyat Kawalan Gangguan Hidupan Liar, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM165,400.00 pada tahun 2017 manakala bagi tahun 2018 sebanyak RM187,500.00 diperuntukkan merangkumi pelbagai inisiatif pihak kerajaan dalam pengurusan konflik manusia – hidupan liar yang sering menimbulkan konflik dan gangguan di kawasan penempatan atau kebun tanaman bagi menjamin kesejahteraan rakyat agar lebih selamat dan terjamin.
Kerajaan Negeri pula telah memperuntukkan sebanyak RM360,800 pada tahun 2017 melibatkan aktiviti-aktiviti alam sekitar seperti inventori hidupan liar dan turut memperuntukan bagi tujuan aktiviti kesedaran awam dalam usaha memperkasakan Akta Pemeliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) serta kesedaran awam mengenai hidupan liar di Negeri Selangor tentang pentingnya mengekalkan habitat yang bersesuaian keluasannya di kawasan perbandaran atau penempatan bagi hidupan liar ini.