Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

79) HAIWAN LIAR – MASALAH MONYET DAN ANJING BANYAK KALI DIBANGKITKAN TETAPI TIADA TINDAKAN BERKESAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di DUN Ijok situasi ini semakin buruk dan membahayakan keselamatan penduduk. Apakah rancangan dan tindakan untuk mengatasi masalah ini?

    Pihak MDKS telah menjalankan aktiviti tangkapan dari semasa ke semasa dan mengikut aduan yang diterima , bersama kontraktor yang telah dilantik bagi kerja- kerja tangkapan anjing liar di bawah seliaan MDKS.

    Bagi isu monyet liar, pihak MDKS telah memberi kerjasama bersama Pihak Perhilitan, dimana perangkap akan dipasang oleh pihak perhilitan dan dipantau bersama pihak MDKS, serta operasi bersepadu turut dijalankan bersama jika aduan kerap di terima. Pihak JKP juga boleh memainkan peranan  bersama tangani isu ini, dengan memasang perangkap monyet, dan memaklumkan pada pihak Perhilitan jika, haiwan tersebut berjaya memasuki perangkap tersebut.

  2. Sudahkah kaedah terkini yang berkesan diusahakan untuk mengatasi masalah ini?

    b) I.         Masalah aduan anjing liar berkurangan dan dapat diatasi dengan adanya lantikan kontraktor bagi kerja-kerja tangkapan anjing liar dan menetapkan sasaran sebanyak 200 sebulan.

     

    II.         Membuka kaunter lesen anjing di setiap Zon, dapat memberi kemudahan kepada penduduk bagi masalah kekangan masa, membeli lesen anjing peliharaan, dalam masa yang sama penduduk mematuhi syarat pelihara anjing di kawasan taman.

     

     

    III.         Dengan kerjasama MDKS dengan Pihak Perhilitan, aduan isu monyet liar dapat dikurangkan dengan memasang perangkap.

    iv.Pihak Ahli Majlis atau Pengerusi tersebut juga disarankan, untuk memasang perangkap monyet bagi memberi kerjasama dengan Pihak Perhilitan bagi tangani isu ini bersama-sama Pihak yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.