Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
209) HAIWAN LIAR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah aduan dan tindakan yang telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan isu haiwan liar di DUN Semenyih bagi tahun 2018-2023?
Aduan haiwan liar lain perlu dirujuk kepada Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Perhilitan atau Jabatan Veterinar.
-
Apakah masalah utama yang menyebabkan isu ini seperti tidak menemui jalan penyelesaian?
Masalah utama yang menyebabkan isu anjing liar ini adalah sikap sesetengah penduduk yang tidak mahu membela anjing tersebut dan melepaskan anjing ke kawasan komuniti. Terdapat juga pihak pemaju tapak perumahan yang membela anjing anjing untuk menjaga mesin dan jentera semasa tempoh pembinaan dan melepaskannya sebaik sahaja pembinaan selesai. Koloni anjing anjing ini akan ke kawasan berhampiran seperti taman perumahan untuk mendapatkan makanan dan mengundang keresahan penduduk apabila jumlahnya semakin banyak. Sikap masyarakat yang memberi makan kepada anjing anjing liar ini juga memberi kesan besar kepada pertumbuhan bilangan anjing liar yang semakin meningkat saban hari. Perlu diketahui kadar kelahiran anjing adalah purata sebanyak 8 ekor bagi setiap ke