Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
265) HAIWAN LIAR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang berkesan best practice dalam menangani binatang liar seperti anjing, monyet dan babi hutan?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Babi hutan dan kera merupakan hidupan liar yang hidup dalam kumpulan sosial dan aktif mencari makanan di habitat semula jadi atau berhampiran kawasan tersebut. Babi hutan memiliki tingkat pembiakan yang tinggi dengan seekor betina dapat melahirkan 10-12 anak dalam_satu kelahiran dengan tempoh kehamilan_115 hari atau lebih kurang 4 bulan sementara kera biasanya melahirkan satu anak dalam satu kelahiran setelah tempoh kehamilan sekitar 162-193 hari.
Kedua-dua spesies ini adalah omnivor dan sering memakan pelbagai jenis makanan termasuk tumbuhan, buah-buahan, bijirin, serangga, dan kadang-kadang makanan buangan dan sisa makanan manusia. Konflik dengan manusia sering berlaku di kawasan kediaman disebabkan oleh kehadiran hidupan liar ini yang mencari makanan tambahan, terutamanya apabila habitat semula jadi mereka terjejas oleh pembangunan manusia
Pengurusan habitat semula jadi serta kesedaran awam tentang interaksi dengan hidupan liar menjadi penting untuk mengurangkan konflik ini. Kerajaan negeri Selangor melalui Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah ini, namun kerjasama semua pihak diperlukan. Konflik ini tidak dapat diatasi sepenuhnya, tetapi dapat dikurangkan melalui pelbagai usaha dan kaedah mitigasi.
Tindakan Kerajaan Negeri menerusi Jabatan PERHILITAN merangkumi:
- Tangkap Pindah
Selain penakaian, terdapat kaedah lain yang digunakan untuk menguruskan konflik_antara manusia dan hidupan liar, ialah tangkap pindah’ atau pemindahan hidupan liar ke habitat semula jadi yang lebih sesuai. Perangkap khas dipasang di kawasan aduan dan hidupan liar yang berjaya ditangkap ini akan dipindahkan ke kawasan hutan yang lebih luas dan jauh dari penempatan manusia. Bagi menampung jumlah aduan yang semakin meningkat, Jabatan PERHILITAN memperkenalkan inisiatif ‘Perangkap Komuniti’. Melalui inisiatif ini, komuniti dikawasan konflik akan membina dan mengurus perangkap komuniti mereka sendiri menerusi nasihat dan spesifikasi Jabatan PERHILITAN. Pihak Jabatan PERHILITAN akan dihubungi untuk mengambil hiudpan liar yang berjaya masuk perangkap untuk tindakan selanjutnya.
- Pemasangan papantanda amaran.
Diantara punca konflik adalah aktiviti memberi makan kepada hidupan liar seperti kera dan babi hutan. Aktiviti memberi makan ini mengubah diet semulajadinya. Tindakan ini menyebabkan hidupan liar ini bergantung sepenuhnya kepada manusia untuk mendapatkan makanan. Sumber makanannya menjadi lebih mudah diperolehi berbanding ia mencari di dalam hutan. Ini menjadikan faktor hidupan liar lebih suka berada di kawasan kediaman berbanding dalam _ hutan. Jabatan PERHILITAN telah meningkatkan _pemasangan papantanda DILARANG MEMBERI MAKAN KEPADA HIDUPAN LIAR’ di beberapa kawasan hotspot pemberian makan kepada hidupan liar_oleh_orang awam. _ Papantanda_ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesan dan akibat aktiviti mereka kepada haiwan tersebut yang akhirnya mencetuskan konflik kepada manusia sekitar.
- Kawalan populasi
Pengawalan populasi kera dan babi hutan adalah melalui tindakan penakaian (culling). Ini merupakan kaedah biasa yang diamalkan dalam pengurusan hidupan liar untuk mengurangkan konflik dengan manusia. Dalam konteks konflik dengan babi hutan dan kera di kawasan penempatan, penakaian dilakukan untuk mengurangkan jumlah individu yang mendekati kawasan perumahan dan menyebabkan masalah. Kaedah yang dilakukan ialah :-
- Perangkap diletakkan dikawasan yang aduan yang bermasalah dan haiwan yang ditangkap akan dibuat penakaian.
- Menjalankan operasi basmi musuh tanaman secara bersepadu. Operasi ini dijalankan dengan diantara Jabatan PERHILITAN dengan melibatkan kerjasama komuniti dan stakeholder di kawasan konflik.
Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa penakaian mungkin tidak selalu menjadi penyelesaian yang ideal atau berkesan dalam jangka panjang.
- Khidmat Nasihat dan Program kesedaran awam
Pengurusan sampah yang tidak sistematik turut menyumbang kepada kehadiran babi hutan dan kera ke Kawasan komuniti atau kediaman. Justeru itu, dalam melaksanakan tindakan pengurusan konflik ini, Jabatan PERHILITAN turut memberi khidmat nasihat kepada pengurusan kediaman/ persatuan penduduk agar mengurus dengan baik tempat pengumpulan sampah. Kawasan ini menjadi Kawasan tumpuan utama babi hutan dan kera untuk hadir ke kawasan tersebut dengan lebih kerap jika ia tidak diurus dengan baik dan tertutup Program kesedaran awam seperti sesi-sesi dialog Bersama Masyarakat setempat, NGO, pihak berkuasa tempatan dan orang awam. Ini bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan keseimbangan ekosistem dan langkah-langkah pencegahan gangguan hidupan liar di kawasan yang terjejas dengan ancaman ini. Kerajaan melalui Jabatan PERHILITAN sentiasa mengalu-alukan pandangan dari pelbagai pihak seperti NGO, pihak berkuasa tempatan. pemaju-pemaju perumahan, masyarakat setempat dalam mencari jalan serta bertukar-tukar pandangan dalam mengatasi masalah gangguan kera ini.
-
Apakah kaeadah untuk menangkap binatang liar tersebut?