Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
261) HADIAH PERKAHWINAN BELIA (I-GEMS)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengembalikan semula insentif hadiah perkahwinan belia (i-Gems)?
Soalan a) dan b) dijawab bersekali.
Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) merupakan kesinambungan kepada program Insentif Perkahwinan Belia (IPB) yang telah dilaksanakan pada tahun 2013 hingga 2019. Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) merupakan salah satu Program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diberikan kepada pasangan belia yang baharu mendirikan rumahtangga dengan insentif perkahwinan ini sebanyak RM500.00.
Namun begitu, di bawah strategi belanjawan tahun 2019, Kerajaan Negeri telah bersetuju agar penjajaran IPR dilaksanakan dengan berdasarkan pendekatan dari pemberian kepada pemberdayaan.
Pengisian program ini telah ditambahbaik daripada pelaksanaan program IPB sebelum ini di mana konsep program iGems merupakan gabungan pemberian insentif dan pelaksanaan kursus kekeluargaan kepada belia Selangor yang baru berkahwin.
Berikutan itu, program-program pemantapan institusi kekeluargaan juga telah dilaksanakan dengan kerjasama agensi lain seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melalui pengukuhan modul-modul kursus perkahwinan dan kekeluargaan sedia ada.
Namun begitu, Program I-GEMS ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 dan seterusnya kerana beberapa faktor seperti berikut :-
- Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan menyebabkan kursus-kurus yang dirancang terpaksa ditangguhkan; dan
- Kurang mendapat kerjasama daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sebagai penyelia dan pengendali Modul Kekeluargaan.
Oleh kerana terdapat kekangan kerjasama daripada LPPKN yang mengendalikan kursus tersebut, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengembalikan semula Program Insentif Perkahwinan Belia (I-Gems). Namun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mengambil maklum untuk menambah baik keadaan ekonomi Generasi Muda Selangor dengan merangka pelbagai program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) antaranya seperti RIDE, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dan Program Dana Usahawan Mikro Selangor.
-
Apakah sebab program ini dihentikan?