Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

11) HADIAH PENGAJIAN IPT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima hadiah pengajian IPT bermula 2018 sehingga kini mengikut DUN?

    Untuk makluman, jumlah penerima hadiah pengajian IPT bermula 2018 sehingga kini adalah seperti berikut:

     

    Tahun 2018 2019 2020 2021 2022 2023
    Penerima 2721 2450 2450 2450 3000 3000

     

    Untuk rekod, jumlah penerima mengikut dun pada tahun 2023 adalah seperti di Lampiran

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan jumlah had siling pendapatan ibu bapa agar lebih ramai lagi yang boleh memohon bantuan tersebut?

    Permohonan Hadiah Pengajian IPT (RM1,000) dibuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di mana pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menaikkan had siling pendapatan dengan mengambil kira jumlah permohonan sedia ada melebihi kuota disediakan.