Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

24) HADIAH PENGAJIAN IPT

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuka permohonan hadiah pengajian IPT sepanjang tahun berbanding pada waktu sekarang yang hanya dibuka pada bulan-bulan tertentu?

    Buat masa ini, Hadiah Pengajian IPT masih dibuka pada tempoh tertentu sahaja bagi memastikan kawalan dan lambakan permohonan. Peruntukan tahunan pemberian Hadiah Pengajina IPT hanya terhad kepada 3000 orang penerima sahaja berdasarkan peruntukan yang diberikan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan jumlah bayaran hadiah pengajian IPT pada masa akan datang?

    Berdasarkan pelaksanaan semasa, setiap pelajar yang memenuhi syarat akan diberikan Hadiah Pengajian IPT sebanyak RM1,000 setiap pelajar. Seramai 3000 orang telah menerima manfaat berdasarkan peruntukan sebanyak RM3 juta pada tahun 2022. Jumlah peruntukan yang sama disasarkan pada tahun 2023. Walau bagaimanapun, kajian penambahbaikan akan dilaksanakan di masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.